Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baca;

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda-tanda tertentu yang

digunakan dalam tulisan dan cetakan untuk

menjelaskan maksud penulis.

Tulisan awal dan cetakan awal mempunyai tanda

untuk menunjukkan tanda baca. Tetapi tanda itu

digunakan mengikut kehendak penulis dan

mengikut tanda yang ada dalam mesin pencetak.

Orang Yunani purba, misalnya, sering

menggunakan koma bertitik untuk menggantikan

tanda tanya moden. Percetakan dan tanda baca

bertambah baik dengan pesat pada tahun 1400-an

dan tahun 1500-an, khususnya di Itali. Dalam

tempoh ini, Aldus Manutius, seorang pencetak dan

penjilid buku Itali, mula menggunakan pelbagai

tanda dengan lebih sistematik. Usahanya

membentuk asas kepada tanda baca yang

digunakan pada hari ini dalam banyak sistem

bahasa bertulis.

UMUM 
TANDA TITIK BERTINDIH

Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang

ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk

memisahkan pengenalan daripada apa yang

diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi,

atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap

digunakan apabila kata yang mendahuluinya

membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua

rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik

bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri

pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh

digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar.

Lihat juga Tanda baca.

UMUM 
TANDA SERU

Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan

sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan

perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia

menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa

sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang

mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang

lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya

digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan

emosi yang kuat.

UMUM 
AYAT

Ayat ialah satu siri kata yang disusun menjadi unit

yang bermakna. Ia bermula dengan huruf besar

dan berakhir dengan tanda baca – tanda titik, tanda

tanya, atau tanda seru. Dalam bahasa Inggeris, ayat

yang lengkap dari segi tatabahasanya terdiri

daripada kumpulan kata yang bebas, yang

mempunyai subjek dan predikat. Predikat mestilah

termasuk kata kerja finitum . Kata kerja itu, berserta

subjek, boleh membentuk ayat – contohnya, The

lightning flashed.

UMUM 
LARAS BAHASA

LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain.

      Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum.

BAHASABahasa

Kembali ke atas