Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. unmarried man, /lelaki, orang/ bujang; (specif young bachelor) teruna, orang bujang; /remain, stay/ a ~, (hidup) membujang; 2. (attrib), (masih) bujang: in my ~ days, sewaktu saya masih bujang; 3. (holder of) first degree, Sarjana Muda: B~ of Arts, Sarjana Muda Sastera. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bachelor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JOSE JOYA

JOSE JOYA  (1931 -      ),  pelukis  Filipina.  Dia lahir pada 3 Jun 1931 di Manila, Filipina.  Dia mendapat pendidikan seni secara formal di University of the Philippines (1949 – 1953) dengan ijazah Bachelor of Fine Arts, kemudian di University Santo Tomas Manila (1953), dan di Cranbrook Academy of Art, Amerika Syarikat (1956 – 1957) dengan kelulusan Master of Fine Arts dan seterusnya di Pratt Center For.  Jose Joya pernah bertugas sebagai pensyarah dan seterusnya sebagai Dekan, Kolej Seni Halus University of the Philippines (1970 - 1978).

BUDAYATokoh
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (1937 -       ), Presiden Parti Melayu Semangat 46. dia lahir pada 13 April 1937 di Kota Bharu, Kelantan. Dia adalah anak kepada Tengku Mohammed Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, yang pernah menjadi Menteri Besar Kelantan. Datuknya adalah putera kepada Sultan Muhammad III. Tengku Razaleigh mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajarannya di Queen’s University, Belfast, United Kingdom. Dia pernah menerima Ijazah Bachelor of Commerce pada tahun 1959. Kemudian dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Undang-undang di Lincoln’s Inn, London. Pengajiannya tidak tamat kerana dia terpaksa kembali ke tanah air mengambil alih urusan perniagaan keluarganya, berikutan kematian ayahnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas