MAAL HIJRAH | Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada 1 Muharam menurut BACKGROUND-COLOR: #ffffff">takwim Islam. BACKGROUND-COLOR: #ffffff">Takwim Islam bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah. Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan Islam. | UMUM | |
JURUSELAM | BACKGROUND: white; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify" align=justify>JURUSELAM, ketua dan pakar dalam sesebuah unit penangkapan ikan di laut secara berkelompok. Di pantai barat, dan bagi sesetengah bot besar yang menggunakan pukat jerut dan pukat tunda di pantai timur, perkataan ‘taikong’ digunakan sebagai ganti pada panggilan ‘juruselam’. Ini bermakna perkataan ‘juruselam’ umumnya digunakan untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alatan tradisi, manakala ‘taikong’ sebagai seorang ketua adalah untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alat moden. | BUDAYA | Tokoh |
JIKEIDAN | BACKGROUND: white; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify" align=justify>JIKEIDAN, pasukan pertahanan awam yang ditubuhkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun. Pasukan ini ditubuhkan pada awal tahun 1942. Jikeidan ditubuhkan di semua negeri Tanah Melayu. Jumlah Jikeidan dan bilangan ahlinya tidak dapat dipastikan. Mengikut satu anggaran, di Singapura sahaja pada tahun 1943, terdapat sekitar 80 000 orang yang menjadi anggota Jikeidan dan mereka dipecahkan kepada 55 bahagian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | BACKGROUND: white; mso-outline-level: 1; mso-shading: windowtext; mso-pattern: solid white" class=MsoNormal>Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ialah akta yang memperuntukkan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak. | UNDANG-UNDANG | Akta |
YOUNG, JAMES | Young, James (1811–1883), ahli kimia Inggeris, yang menjadi perintis dalam industri petroleum. Pada tahun 1847BACKGROUND-COLOR: #d3d3d3">, dia mula membuat pelincir dan lilin parafin daripada petroleum yang memancut keluar di lombong batu arang di Derbyshire. | UMUM | |
MALAKIT | Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik. Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah BACKGROUND-COLOR: #9acd32">2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau epal hingga kepada kelabu-hijau gelap. | UMUM | |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | BACKGROUND-COLOR: transparent"> | TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHARIFAH AINI | SHARIFAH AINI, Datuk (1953- ), BACKGROUND-COLOR: #ff1493">biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua. | BUDAYA | Tokoh |