Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.di] | بادي

Definisi : 1. kesan buruk yg dialami oleh seseorang spt sakit (demam dsb) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yg mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu): terkena ~ kerbau; 2. kelakuan luar biasa yg didapati pd masa dilahirkan (biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang spt kera, anjing, dsb, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu), kenan: budak itu mempunyai ~ kera;berbadi 1. mempunyai kelakuan yg serupa dgn, menyerupai: budak itu ~ seekor kera; 2. suka berlumba-lumba: tanamkan semangat ~ di jiwa kita utk kemajuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.di] | بادي

Definisi : kesan buruk yg dialami oleh seseorang (sakit, demam dsb) kerana mendekati mayat, bangkai, sesuatu yg dianggap keramat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BADI

BADI, kuasa luar biasa yang tidak berbentuk peribadi yang terdapat pada benda tertentu seperti anggota manusia, bentuk alam yang luar biasa seperti busut, binatang atau bangkai binatang. Badi boleh mempengaruhi badan manusia untuk mendatangkan kesan seperti sakit dan kelemahan.

BUDAYAKonsep
ILMU AL-BADI

llmu al-Badiialah salah satu cabang daripada

ilmu balaghah

UMUMUmum
AL-HAMDANIY, ABU AL-FADL

Al-Hamdhaniy, Abu al-Fadhl (358 H.–398 H./969

M. –1008 M.), salah seorang penulis syair terkenal

pada abad keempat Hijrah. Nama penuhnya ialah

Abu al-Fadhl Ahmad ibn al-Hassan al-Hamdhani

yang terkenal dengan nama Badi’ al-Zaman.

UMUM 
MAKHLUK HALUS

MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain.

BUDAYAKepercayaan

Kembali ke atas