SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH | SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH ( ? -1760), Sultan Johor Riau-Lingga-Pahang (1721-1760). Baginda diputerakan setelah ayahandanya, Bendahara Tun Abdul Jalil, dilantik sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1719), pengganti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Pada tahun 1721, keluarga Sultan Abdul Jalil dengan sokongan tentera upahan Bugis telah melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor, Riau, Lingga dan Pahang. Baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALI (TERENGGANU) | SULTAN ALI (1915- ), Sultan Terengganu yang ke-14 (1942-1945). Baginda adalah putera sulung Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dengan Tengku Ampuan Meriam. Baginda diputerakan pada 24 Januari 1915 di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Setelah mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, baginda melanjutkan pelajaran di England (1929). Pada tahun 1932, Majlis Mesyuarat Negeri melantik Tengku Ali sebagai Yang Dipertuan Muda dan waris sultan Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KESULTANAN TERENGGANU | KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH | RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH ( ? - ? ), kerabat Sultan Siak yang kedua. Raja Musa atau Tengku Musa adalah putera Tengku Mahmud (Raja Buang, 1723-1760). Ayahandanya, putera kepada Raja Kecil Siak dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah Johor, Sultan Siak yang kedua. Raja Musa adalah cucu saudara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor, sementara bondanya ialah anak Raja Lelawangsa. Raja Musa adalah penyokong kuat saudaranya, Raja Ismail, yang menjadi pemerintah Siak bergelar Sultan Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ZAINAL ABIDIN I | SULTAN ZAINAL ABIDIN I ( ? -1733), Sultan Terengganu yang pertama (1725-1733). Baginda adalah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenal juga dengan Bendahara Padang Saujana. Baginda adalah pengasas kesultanan Terengganu keturunan Bendahara Johor. Berdasarkan Tahfat al-Nafis, Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua, dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |