OPTIK | Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan, bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan. Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua- duanya tidak boleh dilihat. | UMUM | |
PERTIMBANGAN | Pertimbangan melibatkan pemahaman dan pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan sesuatu perkara yang lain. | UMUM | |
ASOSIASI | Asosiasi dalam psikologi merujuk kepada satu teori bagaimana kita mempelajari sesuatu. Tiga hukum asosiasi teori ini cuba menjelaskan bagaimana seseorang mengaitkan pengalamannya. Hukum itu ialah (1) hukum kehampiran, (2) hukum keserupaan, dan (3) hukum pertentangan. | UMUM | |
ZOOLOGI | Zoologi ialah kajian tentang haiwan. Ahli zoologi cuba menjawab banyak pertanyaan tentang haiwan. Misalnya, mereka membuat penyelidikan untuk menentukan bagaimana haiwan melakukan kegiatan dalam kehidupannya. Ahli zoologi juga mengkaji bagaimana spesies yang berlainan berkaitan dengan satu sama lain dan bagaimana spesies berevolusi (berubah dalam tempoh yang lama). | UMUM | |
METASTASIS | Metastasis lihat Barah (Bagaimana barah terjadi). | UMUM | |
ASTROLOGI | Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan, planet dan bintang kononnya berkaitan dengan kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola yang boleh menggambarkan watak atau masa depan seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi. Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang berasal lebih 2000 tahun dahulu. | UMUM | |
TEORI MAKLUMAT | Teori maklumat , memerihalkan bagaimana mesej dipancar dan diterima melalui sistem maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan. Jurutera-jurutera elektronik kemudian menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini disebut sebagai sains maklumat. | UMUM | |
ARUS LAUTAN | Arus lautan lihat Lautan (Bagaimana lautan bergerak). | UMUM | |
ANALISIS SISTEM | Analisis sistem ialah kajian tentang bagaimana bahagian-bahagian sistem bekerja berkumpulan. Satu sistem ialah suatu kumpulan orang, mesin atau unsur lain yang bekerja bersama-sama untuk melakukan satu pekerjaan tertentu. | UMUM | |
KRIOBIOLOGI | Kriobiologi ialah kajian tentang bagaimana suhu yang terlampau rendah boleh menjejaskan benda hidup. | UMUM | |