Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah] | به

Definisi : = air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : singkatan bagi babah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : Kl bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : kumpulan air yg terlalu banyak sehingga melimpah; banjir: Dlm musim tengkujuh, kampung ini selalu saja didatangi ~. air ~ banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bah

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang,
     jangan duduk di kepala pulau.

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAYALISIY, ABU DAWUD AL-

Tayalisiy, Abu Dawud al- (133–204 H./750–819

M.), ahli hadith. Nama penuhnya ialah Sulayman

ibn Dawud al-Tayalisiy. Dia tergolong penghafal

yang terbaik. Al-Tayalisiy berasal dari Parsi dan

menetap di Basrah. Dia telah merantau di banyak

negara. Al-Tayalisiy telah meriwayatkan hadith

daripada Jarir ibn Hazim, Hammad ibn Hazim,

Hammad ibn Zayd, Hammad ibn Salamah, Syu’bah,

Sufyan al-Thawriy, Hisham al-Distiwa’iy dan ramai

lagi.

UMUM 
PENGHULU ASUN

PENGHULU ASUN (1880-1958), ketua kaum Iban yang memimpin gerakan menentang British di kawasan Sungai Kanowit, Sarawak.  Dia dikenal juga dengan gelaran ‘Bah Tunggal’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUFYAN IBN ‘UYAYNAH

Sufyan ibn ‘Uyaynah (107–198 H./726–814 M.),

ketua ulama hadith. Nama penuhnya Sufyan ibn

‘Uyaynah ibn Abi ‘Imran. Dia lahir di Kufah. Dia

tinggal di Makkah dan meninggal dunia di sana.

Sufyan menemui lebih 80 orang tabi‘i. Dia mula

menulis hadith ketika berumur tujuh tahun. Sufyan

mendengar hadith daripada ‘Amru ibn Dinar,

Muhammad ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhriy, Abi

Ishaq al-Subayi‘iy, al-Aswad ibn Qis, ‘Abdullah ibn

Dinar, Mansur ibn al-Mu‘tamir dan ramai lagi.

Mereka adalah antara guru Sufyan Al-‘A‘mash, Ibn

Jurayj dan Shu‘bah telah meriwayatkan hadith

daripadanya. Begitu juga Imam Syafi‘i, Abdullah ibn

al-Mubarak, ‘Abd Rahman ibn Mahdiy, Ahmad ibn

Hanbal, Yahya ibn Ma‘in, Ishaq ibn Rahawayh.

Terdapat, ramai lagi di kalangan orang masyhur

mengambil hadith daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas