Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baha


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHA ZAIN, DATO'

BAHA ZAIN, Dato’ (1939 -     ), penyair dan pengkritik kesusasteraan. Dia lahir pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutang Melintang, Perak. Nama sebenarnya ialah Baharuddin bin Zainal. Anak bongsu daripada satu keluarga sederhana ini, mula bersekolah Melayu di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat Darjah Empat pada tahun 1949. Ketika berusia 11 tahun, dia memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson hingga lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, dia belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Dia memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963.

SASTERAKonsep
MUHAMMAD RASHID RIDA

Muhammad Rashid Rida (1282 H.–1354 H./

1865 M.–1935 M.), tokoh modenisasi dan pemikir

Islam di Mesir dan dunia Arab. Nama penuhnya ialah

Muhammad Rashid ibn ‘Ali Rida Shams al-Din ibn

Muhammad Baha’ al-Din. Muhammad Rashid Rida

ialah penulis yang mahir dalam bidang hadith, sastera,

sejarah dan tafsir. Dia lahir di kampung al-Qalamun

berdekatan Tarablus, di Syam dan merupakan anak

murid kepada Husayn al-Jasar, penulis kitab al-Risalah

al-Hamidiyyah. Muhammad Rashid Rida menerima

ijazah pada tahun 1897 dan terpengaruh dengan

aliran pemikiran Jamalaluddin al-Afghaniy serta

Muhammad ‘Abduh dalam penulisannya melalui

majalah al’Urwah al-Wuthqa.

UMUM 
TIGA CATATAN PERJALANAN

TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997.

SASTERAPenerbitan
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL-

Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370

M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir

dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al-

Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama

Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam

wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah

saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai

Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan

menuntut ilmu daripada alim ulama di sana.

Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama

ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu

daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya

sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan

al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah

mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa.

Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18

tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa.

Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di

Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab.

Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh

Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang

dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al-

Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al-

Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul

al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’.

Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik.

UMUM 
SUARA TUJUH

SUARA TUJUH, antologi puisi.  Antologi ini mengandungi 49 buah puisi karya tujuh orang penyair iaitu Usman Awang, Kassim Ahmad, Baha Zain, Kemala, Mokhtar Yassin, Sri Ana (Salleh Haji Yusof) dan Ma’arof Sa’ad.  Suara Tujuh disusun oleh Usman Awang bersama-sama Ma’arof Sa’ad dan diterbitkan oleh Syarikat Wijaya, Johor Bahru pada tahun 1969.  setiap penyair menyumbang tujuh buah puisi yang ditulis antara tahun 1958 hingga tahun 1969.  Antologi ini diberi kata pengantar oleh Syed Husin Ali.

SASTERAKarya

Kembali ke atas