Senjang budaya ialah kegagalan beberapa bahagian kebudayaan untuk menjadi seiring dengan bahagian-bahagian lain yang berkaitan. William F. Ogburn, ahli sosiologi Amerika, memperkenalkan istilah ini pada tahun 1920-an. Dia menegaskan bahawa perkembangan teknologi menyebabkan perubahan pesat berlaku pada kebudayaan kebendaan , termasuk perumahan, jentera, dan proses industri. Tetapi dia melihat bahawa kebudayaan bukan kebendaan , termasuk idea, nilai, dan sistem sosial, biasanya berada terbelakang daripada kebudayaan kebendaan |