Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bkn bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) bkn tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan organik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENUNJUK ASID BESLarutan akueus bahan organik yang mengandungi ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH-, daripada penceraian air.KIMIAAlat/Alatan
KAUSTIK

Kaustik ialah istilah biasa bagi bahan kimia

tertentu yang boleh membakar atau mengakis

bahan-bahan lain, terutamanya bahan organik.

UMUM 
BATUAN PUNCA PETROLEUMBatuan sedimen berbutir halus yang kaya dengan bahan organik berbitumen daripada jenis yang berpotensi untuk menjana petroleum.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
TAR

Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat,

berminyak, berwarna perang tua atau hitam.

Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses

penukaran bahan organik seperti batu arang,

petroleum atau kayu menjadi keluaran

perindustrian yang berguna.

UMUM 
PEMPLASTIKBahan yang dicampurkan dengan bahan polimer bagi mendapatkan sifat aliran dan kebolehprosesan yang lebih baik dan seterusnya mengubah sifat fizikal produk tersebut. Pemplastik ialah bahan organik berberat molekul rendah tetapi mempunyai takat didih yang tinggi.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
ABU

 Abu ialah bahan yang tinggal selepas sesuatu

bahan organik terbakar. Perkataan abu biasanya

merujuk kepada mineral yang diperoleh daripada

batu arang, kayu, atau bahan bakar lain yang

terbakar. Analisis abu makanan atau  bahan

terbakar yang lain boleh menentukan mineral yang

terkandung di dalamnya. Misalnya, ujian kimia abu

susu yang terbakar menunjukkan bahawa ia

mengandungi kalsium. Abu rumpai laut mempunyai

kandungan iodin yang tinggi. Abu terbang , iaitu

debu yang dikeluarkan oleh loji kuasa yang

membakar batu arang, biasanya digunakan sebagai

baja tanah.

UMUM 
HUMUS

Humus ialah bahan organik yang telah terurai atau yang sedang mengalami penguraian di permukaan atau di bawah permukaan tanih. Bahan organik berasal daripada sisa tumbuhan dan haiwan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BAKTERIABakteria, organisma satu sel yang bergantung hidup pada bahan organik yang telah mati, atau hidup sebagai parasit. BIOLOGIMikroorganisma
ASID ASETIK

Asid asetik ialah asid organik dan bahan kimia

industri yang penting. Asid asetik memberi rasa

masam kepada cuka. Cuka yang digunakan di

rumah mengandungi lebih kurang lima peratus

asid ini. Asid asetik tulen dikenali sebagai asid

asetik glasial kerana asid ini memejal pada suhu

17 ° C, iaitu suhu bilik sejuk. Apabila dicairkan

dengan air, asid ini dikenali sebagai asid asetik.

UMUM 
ETILENA

Etilena, gas organik, ialah satu daripada bahan

kimia perindustrian yang terpenting di dunia.

UMUM 
12

Kembali ke atas