KULTUS | Kultus ialah kumpulan agama yang setia kepada pemimpin yang masih hidup, ajaran baharu, atau amalan yang luar biasa. Kultus berbeza-beza saiznya daripada beberapa orang pengikut yang hidup di bawah perintah pemimpinnya, hingga kepada organisasi antarabangsa yang diarahkan oleh rangkaian perintah yang kompleks. Kumpulan seperti ini jarang menamakan diri mereka kultus dan biasanya menolak istilah ini. Kebanyakan ahli sejarah agama menggunakan istilah yang lebih neutral, iaitu gerakan keagamaan baru, bukannya kultus. | UMUM | |
DATUK DAGANG | DATUK DAGANG, salah satu jawatan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran tradisional Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Pemegang jawatan ini diberi tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal orang dagang. Orang dagang merujuk orang Melayu yang baru menetap di kawasan tertentu di negeri-negeri Melayu. Mereka juga ialah para perantau, pengembara dan peneroka yang tinggal di kawasan penempatan yang baru dibuka atau menetap di kampung lain sebagai orang baharu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
RAFIDAH AZIZ, DATO' SERI | RAFIDAH AZIZ, Dato’ Seri (1943- ), ahli politik, Ketua Pergerakan Wanita UMNO (1984-1996). Dia lahir pada 4 November 1943 di Selama, Perak. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Kampung Baru dan Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur serta Zainab School, Kota Baharu, Kelantan. Dia meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Convent Johor Baru, Johor dan Victoria Institution, Kuala Lumpur. Kemudian, dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi (1966) dan Sarjana Ekonomi (1970). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |