Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.sa] | بهاس

Definisi : 1 sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran: ~ Melayu; ~ Jawa. 2 kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan: Orang-orang drpd pelbagai kaum di Malaysia menggunakan ~ Melayu. 3 kelakuan yg baik: tak tahu ~ kurang ajar; tidak sopan. ~ asing bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. ~ badan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. ~ baku ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). ~ basahan bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. ~ dalam kata-kata atau bahasa yg biasa digunakan di kalangan raja-raja (spt santap, gering, dan mangkat). ~ halus kata-kata atau bahasa yg sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt bersalin, hamil, dan meninggal dunia). ~ ibu (ibunda) bahasa yg pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan utk berhubungan dgn keluarga dan lingkungannya. ~ kasar kata-kata atau bahasa yg tidak sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt mampus dan melahap). ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. ~ lisan ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan hingga kini, mis bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ~ pasar ragam bahasa Melayu yg tidak betul jalan bahasanya (terutamanya spt yg dituturkan oleh orang asing yg tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). ~ pengantar bahasa yg digunakan utk berhubung dlm mesyuarat, dlm pemberian pelajaran di sekolah dsb. ~ penyatu bahasa yg memainkan peranan penting dlm menyatukan masyarakat, terutamanya masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb. ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan dlm karya kesusasteraan. ~ rasmi bahasa yg digunakan dlm perhubungan rasmi kerajaan sesebuah negara. ~ tulis (tulisan, surat) ragam bahasa spt yg digunakan dlm karangan-karangan bertulis (sbg lw bahasa lisan). berbahasa 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. membahasakan 1 menyebut atau memanggil seseorang dgn panggilan tertentu: Orang-orang di negeri Perak ~ saudara lelaki mereka yg tertua, yop. 2 menyatakan dgn kata-kata; menuturkan: Dia tidak sanggup ~ kesedihan yg ditanggungnya. kebahasaan hal mengenai bahasa atau yg berkaitan dgn bahasa. perbahasaan perihal berbahasa; pertuturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Bermaksud :

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA-BAHASA SARAWAK

BAHASA-BAHASA SARAWAK, bahasa-bahasa bumiputera yang ada di Sarawak yang tergolong dalam keluarga Indonesia daripada rumpun Austronesia. Di samping itu, terdapat bahasa-bahasa yang tidak boleh dimasukkan ke dalam keluarga berkenaan kerana bahasa-bahasa itu berasal daripada rumpun yang berlainan. Misalnya bahasa Cina dengan berbagai-bagai dialeknya, dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua penting di Malaysia.

BAHASABahasa
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa
AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIAAKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA, edisi terjemahan daripada buku An Introduction to Indonesian Linguistics: Rood and Word ini the Indonesian Languages (1910) oleh Renward Brandsetter.BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA IBUNDA

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA IBUNDA, ragam bahasa yang mula-mula dikuasai oleh seseorang penutur bahasa. Ragam bahasa ini biasanya diperoleh semasa anak-anak lagi dan merupakan bahasa ang pertama didengar oleh seseorang bayi daripada anggota keluarganya.

BAHASAKonsep
PEMINJAMAN BAHASA EROPAHPEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu.  Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu.  Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain.  Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab.  Misalnya, perkataan ‘falsafah’ yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani.  Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama.

BAHASAKonsep
PERIODIASASI BAHASA MELAYU

PERIODIASASI BAHASA MELAYU, tahap perkembangan bahasa Melayu.  Periodisasi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu:
. Zaman bahasa Melayu purba
. Zaman bahasa Melayu kuno
. Zaman bahasa Melayu klasik
. Zaman bahasa Melayu moden

BAHASAKonsep
KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU

KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MALAYSIA, kamus umum dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Kamus yang setebal 1457 halaman ini disusun untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Kamus ini memanfaatkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang diisytiharkan  pemakaiannya secara rasmi pada tahun 1972.

BAHASAPenerbitan
TANDA DIAKRITIK

Tanda diakritik ialah tanda yang digunakan pada

huruf abjad untuk menunjukkan sebutan atau makna

kata. Tanda diakritik adalah sebahagian daripada

ejaan dalam banyak bahasa. Dalam bahasa Inggeris,

sesetengah kata yang dipinjam daripada bahasa-bahasa

lain menggunakan tanda diakritik, tetapi tanda

diakritik digunakan terutamanya dalam kamus untuk

menunjukkan sebutan kata.

UMUM 
KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA DAN RUMPUN BAHASA MELAYU

KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA DAN RUMPUN BAHASA MELAYU, keluarga bahasa yang bersebar luas di pulau-pulau selatan (Austronesia) dari pantai timur Afrika (Madagaskar) hingga ke pantai barat Chile (Pulau Paskah), dan di bahagian utara dari Kepulauan Hawaii hingga ke New Zealand di bahagian selatan.

BAHASABahasa
12345678910...

Kembali ke atas