TANDA DIAKRITIK | Tanda diakritik ialah tanda yang digunakan pada huruf abjad untuk menunjukkan sebutan atau makna kata. Tanda diakritik adalah sebahagian daripada ejaan dalam banyak bahasa. Dalam bahasa Inggeris, sesetengah kata yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain menggunakan tanda diakritik, tetapi tanda diakritik digunakan terutamanya dalam kamus untuk menunjukkan sebutan kata. | UMUM | |
AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA | AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA, edisi terjemahan daripada buku An Introduction to Indonesian Linguistics: Rood and Word ini the Indonesian Languages (1910) oleh Renward Brandsetter. | BAHASA | Konsep |
FONOLOGI | Fonologi ialah cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. | BAHASA | Disiplin Ilmu |
BAHASA-BAHASA SARAWAK | BAHASA-BAHASA SARAWAK, bahasa-bahasa bumiputera yang ada di Sarawak yang tergolong dalam keluarga Indonesia daripada rumpun Austronesia. Di samping itu, terdapat bahasa-bahasa yang tidak boleh dimasukkan ke dalam keluarga berkenaan kerana bahasa-bahasa itu berasal daripada rumpun yang berlainan. Misalnya bahasa Cina dengan berbagai-bagai dialeknya, dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua penting di Malaysia. | BAHASA | Bahasa |
PEMINJAMAN BAHASA EROPAH | PEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu. Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain. Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab. Misalnya, perkataan ‘falsafah’ yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani. Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
| BAHASA | Konsep |
BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |
UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU | UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU, pinjaman, penyerapan atau pengambilan unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Fenomena ini merupakan kelaziman yang berlaku kepada kebanyakan bahasa di dunia. Suatu bahasa akan menjadi kaya melalui peminjaman kata-kata daripada bahasa lain. | BAHASA | Konsep |
SAPIR, EDWARD | Sapir, Edward (1884–1939) ialah ahli antropologi dan ahli bahasa Amerika yang menerokai hubungan antara bahasa, budaya dan personaliti. Dalam antropologi, Sapir membantu menemui dua cabang kajian (1) antropologi linguistik yang menganalisa peranan bahasa dalam pelbagai masyarakat dan (2) antropologi psikologi yang mengkaji tentang perhubungan antara budaya dan personaliti. Dia juga merumuskan kaedah para sarjana boleh membina semula sejarah kebudayaan tanpa kehadiran bukti tulisan. | UMUM | |
SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU | SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, jenis atau sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu wujud sejak abad ke-4 M. berdasarkan bukti pada prasasti atau batu bersurat yang ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Sistem tulisan pada prasasti tersebut menggunakan tulisan yang dipinjam dari India. Terdapat satu lagi prasasti iaitu di Kutai, Kalimantan Timur yang bertarikh pada tahun 400 M. Sistem tulisan pada prasasti ini menggunakan tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi yang diceritakan ialah tentang seorang raja yang menggunakan nama Melayu. | BAHASA | Konsep |
PIJIN | bahasa yang terbentuk apabila dua komuniti bahasa yang tidak bertutur dalam bahasa yang sama cuba berkomunikais. | BAHASA | Konsep |