TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran. Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan. Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri. Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal’, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana.
Perumpamaan ialah kiasan yang digunakan
untuk memerikan atau menerangkan sesuatu. Ia
menonjolkan kesamaan antara dua objek atau idea
yang berbeza dengan menggunakan kata
penghubung. Kata penghubung ini dalam bahasa
Inggeris, biasanya like atau as . Contohnya “He is as
hungry as a horse ”, atau She ran like a deer”.
TEROMBA, teks yang menyatakan salasiah dan kandungan undang-undang adat perpatih, Khususnya seperti yang diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri Sembilan, Malaysia. Undang-undang tersebut yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat atau bangsa, suatu sistem atau sebagainya. Teks lisan atau tertulis ini adalah dalam bentuk puisi yang indah, padat dan penuh daya kreatif. Teromba berkait rapat dengan terasul dan tombo. Terasul ialah cara menggunakan salasiah adat seperti dalam perkahwinan sementara tambo bermakna sejarah bagi masyarakat atau adat, tersusun dalam bahasa yang tetap dan dalam bentuk puisi. Istilah teromba juga dikenal dengan nama lain, seperti gurindam, gurindam adat, kata-kata adat, perbilangan adat, kiasan adat dan pepatah adat.
Thanks for clicking. That felt good.