JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA | JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA, badan bahasa yang berkuasa penuh dalam hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa di Malaysia. Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) ditubuhkan pada 23 Disember 1972 untuk melaksanakan penyataan bersama Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 23 Mei 1972. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA | EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.
| BAHASA | Bahasa |
DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA | DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA, buku daftar ejaan perkataan umum bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1981 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan edisi kedua terbit pada tahun 1988. Daftar ejaan ini disusun berdasarkan ejaan Rumi baharu yang diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Buku ini bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan pantas bagi membantu pengguna bahasa Melayu mengeja atau menulis kata dengan ejaan yang betul. | BAHASA | Karya |
BAHASA MALAYSIA SIJIL PELAJARAN | | BAHASA | Konsep |
BAHASA MALAYSIA SYNTAX: SOME ASPECTS OF ITS STANDARDIZATION, | | BAHASA | Konsep |
MAJLIS BAHASA INDONESIA-MALAYSIA | Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ialah badan bahasa peringkat serantau, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 hasil daripada pertemuan pertama antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan (PAKERSA) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
BAHASA-BAHASA SARAWAK | BAHASA-BAHASA SARAWAK, bahasa-bahasa bumiputera yang ada di Sarawak yang tergolong dalam keluarga Indonesia daripada rumpun Austronesia. Di samping itu, terdapat bahasa-bahasa yang tidak boleh dimasukkan ke dalam keluarga berkenaan kerana bahasa-bahasa itu berasal daripada rumpun yang berlainan. Misalnya bahasa Cina dengan berbagai-bagai dialeknya, dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua penting di Malaysia. | BAHASA | Bahasa |
KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU | KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MALAYSIA, kamus umum dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Kamus yang setebal 1457 halaman ini disusun untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Kamus ini memanfaatkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi pada tahun 1972. | BAHASA | Penerbitan |
EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |
INSTITUT BAHASA MELAYU MALAYSIA | Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBBM) ialah institusi pendidikan yang pada mulanya dikenali sebagai Maktab Bahasa. | BAHASA | Institusi/Organisasi |