ARARAT | Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di tenggara Tasik Van. Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37 dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri ke Ararat selepas membunuh ayah mereka. | UMUM | |
ARK | Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk kepada bahtera yang melindungi Noah dan keluarganya semasa Banjir Besar yang diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi, ark ialah almari yang menyimpan kitab Torah , lima kitab pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan ark berasal daripada perkataan Latin arca , yang bermakna peti , kotak , atau laci . Di Eropah, ark bermakna peti atau bakul tertutup untuk menyimpan barang berharga. Di Amerika Syarikat, ark merujuk kepada perahu leper yang besar yang digunakan semasa peluasan negara. Lihat juga Ark of the Covenant. | UMUM | |
PAPIRUS | Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada papirus. | UMUM | |
PULAU TIOMAN | PULAU TIOMAN, tempat persinggahan kapal perdagangan pada masa dahulu. Pulau ini terletak di pantai timur, Pahang. Kajian arkeologi, filologi dan sejarah membuktikan fungsi pulau ini dan keadaan masyarakatnya. Sejak abad ke-10, pulau ini disinggahi oleh bahtera purba yang belayar di antara negeri China dengan India. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERLAK | PERLAK, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Nusantara, Perlak terletak di Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Sumatera, Indonesia. Menurut catatan sejarah, sebelum kedatangan agama Islam, Perlak diperintah oleh raja-raja keturunan Siam. Daripada catatan kitab Idhamul Hao karangan Abu Ishak al-Makarani, negeri ‘Peureulak’ adalah sebuah negeri yang tertua di Sumatera dan namanya terkenal sepanjang abad di kalangan para pedagang dunia dari China, Arab, Parsi, Hindustan, Itali, Portugis dan lain-lain yang melalui Selat Melaka. Di Perlak juga suatu masa dahulu banyak terdapat kayu yang dikenal sebagai kayu ‘peureulak’, yang sangat baik untuk dijaikan bahan binaan kapal, perahu, sampan dan bahtera. Oleh sebab kayu ini banyak dieksport, dan sempena nama kayu tersebut, maka tempat itu pun dikenal sebagai negeri Perlak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |