Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia adalah Nusaybah bint Ka‘ab. Dia adalah seorang daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia memeluk Islam dan memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama mempelajari kaedah pemandian jenazah daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang tercedera di samping menyediakan makanan untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para tentera di belakang dalam ekspedisi mereka. Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah. |