Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)

128

Cut your coat according to your cloth

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Ukur baju di badan sendiri

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAJU KEDAH

Baju Kedah ialah baju wanita yang sederhana longgar, leher baju seperti kurung moden, labuhnya paras punggung, dan berlengan hingga bawah paras siku. Potongan baju ini ringkas dan lurus tanpa pesak atau kekek. Baju ini dipopularkan di Kedah sejak tahun 1940-an.

KESENIANArtifak/Mentifak
BAJU KURUNG

BAJU KURUNG, pakaian tradisional orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Baju ini dikenal juga sebagai baju melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi. Selain itu, terdapat sejenis lagi baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dinamakan baju kurung kedah. Terdapat beberapa perbezaan kecil antara ketiga-tiga jenis baju kurung ini, iaitu dari segi potongan dan cara memakai.

BUDAYAPakaian
BAJU SIKAP

BAJU SIKAP, sejenis baju pendek pakaian lelaki, berbelah di hadapan dengan pelbagai potongan. Baju ini merupakan pakaian tradisional orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hingga tahun 1880-an. Di sesetengah tempat, baju ini disebut sebagai baju mengan, baju putera raja dan bermacam-macam lagi.

BUDAYAPakaian
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian
BAJU MELAYU

Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.

KESENIANArtifak/Mentifak
BAJU PAHANG

Baju Pahang ialah baju wanita yang labuh, longgar, berkolar tegak, berpesak, berkancing di bahagian leher dan berlengan panjang.

KESENIANArtifak/Mentifak
BAJU KUTANG

BAJU KUTANG, baju dalam yang biasanya disebut ‘kutang’ sahaja dipakai oleh kaum wanita. Kutang juga disebut ‘coli’. Kutang yang ada pada hari ini berasal daripada korset (corset) yang dipakai sebagai pakaian dalam atau pakaian berhias di sebelah luar bagi menyokong payu dara dan membentuk susuk tubuh sebenar. Korset merupakan pakaian purba yang dipakai sejak Zaman Gangsa oleh wanita Minoan bagi membentuk pinggang dan payu dara.

BUDAYAPakaian
SARUNG TANGAN BESI

Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit

yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria

Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada

baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal

diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang

bersambung antara satu dengan yang lain).

Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel

untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan

besi digunakan sehingga tahun 1600-an.

UMUM 
KERONGSANG

KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disemat­kan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima.

BUDAYAKraf Tangan
CEONGSAM

Ceongsam, pakaian tradisional wanita Cina. Pakaian ini merupakan baju labuh sendat berkolar tegak, berkancing di bahagian kanan hadapan baju, berlengan panjang, pendek atau tanpa lengan, dan berbelah di kedua-dua hujung baju.

KESENIANArtifak/Mentifak
123

Kembali ke atas