Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl seluruh orang yg berpe­rang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segenap pasukan tentera dgn alat senjata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan pe­rang; askar: Baginda pun mengambil ke­­putusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pasukan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN BALAKLAVA

Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan

pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober

1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki,

dan British telah menawan Balaklava dengan mudah

dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia

menghantar bala tentera yang besar dari

Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13

kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan

semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua-

dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang

Krimea.

UMUM 
PERANG YARMUK

Perang Yarmuk berlaku pada tahun 15 H./636

M. antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid

ibn al-Walid dengan tentera Rom di bawah

pimpinan Thiordas, pada zaman pemerintahan

Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab. Pada awal

pertempuran ini, tentera Islam telah berjaya

mengalahkan tentera Rom di bandar Fahl. Mereka

juga telah meneruskan penguasaannya sehingga

ke sempadan Damsyik. Di sana, tentera Islam

mengepung kota ini selama hampir setahun tujuh

bulan. Kemudian pihak musuh telah menyerah

diri. Hal ini berlaku pada tahun 14 H./635 M. Kesan

daripada penawanan Damsyik daripada tangan

tentera Byzantine Rom itu telah menyebabkan raja

mereka, Hercules menggerakkan bala tentera

yang dianggarkan seramai 200 000 anggota yang

dipimpin oleh saudaranya, Thiordous menentang

tentera Muslimin yang berjumlah 25 000 orang

yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid.

Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat

dielakkan. Pihak tentera Islam telah memperoleh

kemenangan.

UMUM 

Kembali ke atas