ASAS AL-BALAGHAH | Asas al-Balaghah ialah nama sebuah kamus perkataan Arab. Ia dikarang oleh al-Zamakhsyari. Nama asal al-Zamakhshari ialah Mahmud ibn Umar. Dia menyusun kamus ini dengan cara yang berbeza berbanding penulis kamus sebelumnya. Perbezaan yang jelas ialah susunan perkataan, penjelasan makna perkataan dan keterangannya mengikut cara konteks. | UMUM | |
MAJAZ, AL- | Majaz, al- dalam ilmu Balaghah bererti memaksudkan makna lain yang berlainan daripada makna asal yang sebenar. Perkataan al- Majaz dibentuk daripada akar kata bahasa Arab Jaza – Yajuzu yang bermakna melampaui. Apabila istilah al-Majaz digunakan terhadap perkataan, maka bermaksud melampaui makna yang telah disepakati oleh ahli bahasa terhadap satu perkataan. Ertinya makna perkataan itu melampaui makna yang sebenar (Metafora). | UMUM | |
TAFTAZANIY, SA‘D AL-DIN AL- | Taftazaniy, Sa‘d al-Din al- (712–791 H.), pakar ilmu usul, tafsir, aqidah, balaghah, dan sastera. Nama penuhnya ialah Mas‘ud ibn ‘Umar ibn ‘Abdullah al-Taftazaniy. Dia lahir di Taftazan di negeri Khurasan dan nama gelarannya diambil daripada nama tempat ini. Dia mengarang banyak kitab, antaranya bertajuk al-Talwih fi Kashf Haqa’iq al-Tanqih yang berkaitan dengan ilmu usul, Sharh al-Tasrif al-‘Arabiy tentang ilmu sarf, Sharh Maqasid al-Talibin fi ‘Ilm Usul al-Din tentang agama, dan kitab al-Mutawwil tentang ilmu balaghah. | UMUM | |
ILMU AL-BADI‘ | llmu al-Badi‘ ialah salah satu cabang daripada ilmu balaghah | UMUM | Umum |
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN | Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman (207 H.–273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga. Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah sering mengadakan perundingan dengannya. Dia banyak melakukan serangan ke atas negara Perancis. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman dianggap sebagai seorang ahli balaghah dan sastera. | UMUM | |