MENGGOLEK BALAK | Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an di kem balak di Kanada dan di utara Amerika Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir “menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka mengadakan pertandingan untuk mendapatkan pada setiap bahagian hujung kayu balak yang terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau mengundurkan pergerakannya dengan cepat sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air. | UMUM | |
PONDOK BALAK | Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat berlindung kepada manusia yang tinggal di kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan. Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup. Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson, James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan James Garfield dengan bangganya mengaku dilahirkan di petempatan seperti ini. | UMUM | |
SERAYA | Pokok balak yang sangat besar dan bernilai tinggi | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
SUNGAI MADEIRA | Sungai Madeira ialah cabang terbesar Sungai Amazon dan merupakan laluan perdagangan yang penting di Amerika Selatan. Madeira ialah perkataan Portugis yang bermakna kayu atau balak. Sungai itu dinamakan sedemikian kerana sungai ini terlalu banyak menghanyutkan kayu. | UMUM | |
SWEDEN | Sweden ialah negara industri yang makmur di utara Eropah. Penduduk Sweden telah membangunkan industri yang benar-benar berjaya berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air. | UMUM | |
JELUTUNG | Jelutung, pokok balak jenis separa desidus. Nama saintifiknya ialah Dyera costulata daripada famili Apocynaceae. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
KERUING | Keruing, sejenis pokok balak yang penting di Malaysia dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana berat. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
PEMBALAKAN | Aktiviti menebang dan memotong pokok, menarik kayu balak di kawasan hutan. | PERTANIAN | Konsep |
TELUK PLENTY | Teluk Plenty ialah teluk yang besar di pantai tengah utara Pulau Selatan di New Zealand. Daratan yang bersempadan dengan teluk ini membentuk tanah pamah Teluk Plenty. Penara gunung berapi bermula dari tanah pamah ini dan meninggi kira-kira 300 meter. Industri utama kawasan ini ialah perladangan tenusu, dan pelancongan serta tanaman balak kayu lembut di penara. Bandar utamanya ialah Tauranga. | UMUM | |
TANGLUNG LABU | Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan kepada labu kosong yang mata, hidung, dan mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai tanglung labu. Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen. | UMUM | |