WAYANG BALI | Kesenian di Indonesia | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DIALEK MELAYU BALI | DIALEK MELAYU BALI, dialek yang dituturkan oleh orang Melayu yang beragama Islam di kecamatan Negara dan kecamatan Malaya di kabupaten Jembrana di barat daya Pulau Bali. Penutur dialek Melayu Bali (DMB) tersebar di beberapa buah kampung seperti Loloan Barat, Loloan Timur, Kota Negara, Tegal Badeng Islam, Pengambengan, Cupel, Banyubiru, Melaya Pantai, Cendikesuma dan Tuwed. | BAHASA | Bahasa |
BALI | BALI, pulau yang terletak di sebelah timur Indonesia, terpisah dari Pulau Jawa oleh Selat Bali. Keluasannya 5810 km persegi dan merupakan salah satu antara 27 propinsi Republik Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
K. BALI | K. BALI (1933 - ), penulis. Dia lahir pada 15 Jun 1933 di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim Abdullah. Selain K. Bali, dia juga menggunakan nama pena Gelora Jiwa, Arjuna, Setia, Gema Sukma, Liba K, Pahlawan Pusaka, Bibaliwati, Kawat dan Kawat Berduri. | SASTERA | Tokoh |
SURAPATI | Surapati ( ? –1706), perajurit dari Bali, yang meningkat kedudukannya daripada hamba, sehingga menjadi seorang pemerintah separuh merdeka di sebuah wilayah di Pulau Jawa pada tahun 1600-an. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Belanda telah menguasai kepulauan itu yang kini membentuk negara Indonesia. Orang Belanda menganggap Surapati satu daripada musuh mereka yang banyak menimbulkan masalah. | UMUM | |
LOMBOK | LOMBOK, pulau dan salah satu daripada enam kabupaten di Propinsi Nusa Tenggara Barat. Lombok terpisah dari Bali di sebelah baratnya oleh Selat Lombok dan Sumbawa di sebelah timurnya oleh Selat Alas. Bahagian barat pulau ini banyak dipengaruhi budaya orang Bali. Bahagian timur pulau ini pula merupakan tanah air orang asli Sasak, yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza daripada orang Bali. Salah satu perbezaan utama ialah orang asli Sasak beragama Islam, manakala orang Bali beragama Hindu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ARJA | Drama tari dan nyanyi, iaitu jenis oepera negara Timur yang terdapat di Pulau Bali, Indonesia. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
JEMBRANA | JEMBRANA, kerajaan Hindu pada abad ke-17. Kini Jembrana ialah sebuah kabupaten di Propinsi Bali, terletak di bahagian barat daya Pulau Bali. Menurut legenda, Jembrana berasal daripada perkataan ‘jembarwana’ yang bererti hutan tebal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
FAISAL BARAAS | FAISAL BARAAS (1947 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 16 Ogos 1947 di Loloan Barat, Kota Negara, Bali Indonesia. Dia mendapat pendidikan ilmu perubatan di Universitas Udayana, Denpasar, Bali. | SASTERA | Tokoh |
NYOMAN RASTA SINDHU | NYOMAN RASTA SINDHU (1943 – 1972), penulis Indonesia. Dia lahir pada 31 Ogos 1943 di Denpasar, Bali. Nyoman mendapat pendidikan Sekolah Dasar (SD) dan Sekolah Menengah Pertama (SMP). Dia melanjutkan pelajaran di Jurusan Purbakala, Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada (1962 – 1966) dan di Fakultas Sastra, Universitas Udayana, Bali tetapi tidak tamat. | SASTERA | Tokoh |