BANCI PENDUDUK | Banci penduduk, sumber utama data dan maklumat penduduk sesebuah negara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
RICHARDS BAY | Richards Bay (pend. 23 328) ialah sebuah bandar pelabuhan di Kwazulu-Natal pantai timur laut Afrika. Sepanjang tahun 1980-an, jumlah penduduknya lebih daripada dua kali ganda berbanding jumlah banci pada tahun 1980. Untuk lokasi lihat Afrika Selatan (peta politik). | UMUM | |
ANTRIM, KAUNTI | Antrim, Kaunti ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti Ireland Utara. Ia membentuk sudut timur laut pulau Ireland. Antrim tidak lagi menjadi kawasan pentadbiran apabila kerajaan tempatan disusun semula pada tahun 1973. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan masih menganggap Antrim penting dari segi sejarah. Mengikut banci pada tahun 1971, kaunti lama mempunyai 335 716 orang penduduk. Kerajaan tidak lagi membanci penduduk yang tinggal di sempadan kaunti lama. | UMUM | |
CHEWONG | CHEWONG, kelompok kecil Orang Asli yang tergolong dalam subkelompok Senoi. Dalam banci penduduk pada tahun 1983, kelompok Chewong berjumlah 203 orang. Kelompok itu diberi nama yang berbagai-bagai, antaranya termasuklah Maroi, Jo-Ben, Cho-Ben, Jelbeng, Kleb dan Siwang. Pada masa ini, mereka menyebut diri mereka sebagai Chewong. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ARMAGH, KAUNTI | Armagh, Kaunti ialah kaunti terkecil daripada enam kaunti di Ireland Utara. Ia menganjur dari pantai Lough Neagh di utara hingga sempadan Republik Ireland di selatan dan barat. Kaunti ini disempadani oleh Kaunti Tyrone di barat dan Kaunti Down di timur. Sebahagian besar daripada Kaunti ini terbentuk dalam daerah Armagh sejak rombakan semula kerajaan tempatan pada tahun 1973. Manakala bahagian yang selebihnya termasuk dalam daerah Dungannon, Banbridge serta Newry dan Mourne. Menurut banci pada tahun 1971, penduduk di Kaunti ini berjumlah 133 969 orang. | UMUM | |
JELEBU | JELEBU, luak pentadbiran utama dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jelebu terletak di sebelah utara Negeri Sembilan. Jelebu dibahagikan kepada lapan mukim iaitu Pertang, Kuala Klawang (pusat pentadbiran), Hulu Triang, Peradong, Gelam Lemi, Hulu Klawang dan Teriang Hilir. Mengikut Banci Penduduk 1991, penduduk Jelebu dianggarkan seramai 39 937 orang. Penduduk Jelebu mengamalkan Adat Perpatih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KAYAN | KAYAN, kaum minoriti di Sarawak. Kaum ini tergolong dalam kumpulan Orang Hulu. Masyarakat Kayan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 15 000 orang (banci 1993). Kayan terdiri daripada beberapa kumpulan kecil seperti Uma Pu, Uma Pliau, Uma Bawang, Uma Pako, Uma Semuka, Uma Belor, Uma Apan, Uma Juman, Uma Lesong dan lain-lain lagi. Walaupun mereka terdiri daripada beberapa kumpulan kecil yang berlainan namun bahasa yang digunakan tidak jauh berbeza. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SEMOQ BERI | SEMOQ BERI, suku kaum Orang Asli yang mendiami sempadan Kelantan, Pahang dan Terengganu. Semoq Beri secara umumnya bermaksud Orang Hutan. “Semoq’ bermaksud orang dan ‘beri’ bermaksud hutan. Orang Semoq Beri juga terdapat di Perak dan Selangor tetapi bilangannya terlalu kecil. Menurut banci penduduk tahun 1990, orang Semoq Beri berjumlah 1080 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ORANG TEMUAN | ORANG TEMUAN, kelompok orang Melayu-Proto. Mereka juga dikenal sebagai orang Melayu Asli dan Jakun. Kebanyakan kelompok ini boleh ditemui se Selangor dan Negeri Sembilan. Perkataan ‘temuan’ diperkenalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) selepas banci penduduk pada tahun 1960. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SINGAPURA | SINGAPURA, kerajaan Melayu yang kini menjadi sebuah negara republik. Nama asalnya ialah Temasik. Singapura mempunyai 64 buah pulau kecil dan terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Pulau Singapura sepanjang 42 km dan selebar 23 km, dengan kawasan keseluruhannya (termasuk pulau-pulau kecilnya) seluas 647.5 km persegi. Menurut banci penduduk 1995, terdapat 2 986 500 penduduk tetap Singapura. Masyarakat Cina berjumlah 77.4 peratus, Melayu 14.2 peratus, India 7.2 peratus dan golongan lain 1.2 peratus. Bunga anggerik <I style="mso-bidi-font-style: normal">Vanda Miss JoaquimI> ialah bunga kebangsaan Singapura, manakala lagu kebangsaan Singapura ialah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Majulah SingapuraI> ciptaan Zubir Said. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |