Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat atau pusat yg ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota; ~ kembar bandar yg menjalin hubungan istimewa dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza; ~ pelabuhan bandar yg merupakan pelabuhan; ~ satelit bandar atau bandar raya yg bergantung pd industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dgn bandar berdekatan yg lebih besar; ~ taman bandar yg pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dgn taman rekreasi awam dan pokok yg subur serta dilengkapi dgn kemudahan jalan raya yg lebar; ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi; datuk ~ orang yg mengetuai majlis sesebuah bandar raya; luar ~ kawasan yg terletak jauh dr kawasan bandar, kampung, desa; pinggir ~ kawasan di sekeliling kawasan bandar; pusat ~ kawasan di dlm bandar tempat tertumpunya pejabat-pejabat (bangunan-bangunan kerajaan, gedung membeli-belah, dsb); ~ terbuka dagangan murah, badan sudah tua prb keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);membandarkan menjadikan sesuatu (kawasan luar bandar) bersifat bandar;bandaran segala sesuatu bkn bandar: majlis ~;kebandaran 1. segala yg berkaitan dgn fungsi, keistimewaan yg ada dlm sesebuah bandar: keempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dgn tempat-tempat lain di Malaysia; 2. bersifat spt orang bandar (moden, canggih, dll): gaya hidup golongan elit lebih ~;perbandaran 1. yg berkaitan dgn bandar (pd pelbagai aspek spt pentadbiran dll): kawasan ~ Kuala Lumpur; 2. ark pabean, pejabat pelabuhan;pembandaran usaha dsb menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kpd corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran (spt perindustrian, pembangunan, dll), urbanisasi: mereka seolaholah dapat melihat alam semula jadi yg sebenarnya telah luput akibat proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar I

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Upah lalu,
     bandar tak masuk.

Bermaksud :

Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIGA

Riga (pend. 875 000) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Latvia. Riga ialah pusat perkapalan yang

penting, dan lebih separuh keluaran industri Latvia

dihasilkan di bandar ini. Bandar ini juga menjadi

pusat kebudayaan dan politik Latvia selama

beratus-ratus tahun. Bandar ini terletak di hujung

selatan Teluk Riga, dan melalui bandar inilah

Sungai Dvina Barat (Daugava) mengalir masuk ke

teluk tersebut. Untuk lokasi, lihat Latvia (peta). Di

bandar ini, kompleks perumahan moden

membangun di sekeliling gereja dan rumah-rumah

saudagar yang cantik, yang dibina pada Zaman

Pertengahan.

UMUM 
PERANCANGAN BANDAR

Perancangan bandar ialah proses mengawal

pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang

bandar – orang yang mengendalikan proses ini,

menasihati kerajaan mengenai cara memajukan

komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan

pemaju hartanah yang merancang untuk

memajukan komuniti yang baru.

UMUM 
THEBES

Thebes ialah bandar purba di Boeotia, kawasan

di tengah Yunani. Pada suatu masa, Thebes ialah

negara kota paling berkuasa di Yunani, dan

merupakan ketua persekutuan bandar-bandar yang

dikenali sebagai Liga Boeotia. Bandar ini terletak di

bahagian tenggara Boeotia, kira-kira 48 kilometer

ke utara Athens. Menurut legenda purba, Cadmus,

putera dari Phoenicia, mengasaskan Thebes.

Bandar ini muncul dalam legenda Oedipus, yang

hampir sama terkenal dengan kisah Troy (lihat

Oedipus ).

UMUM 
SPLIT

Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan

Croatia yang membangun daripada bandar purba

Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik

(lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali

ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan

pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam

lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi

istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana

ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar

Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini

memberikan satu contoh yang paling baik tentang

seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan

penting dan juga pusat bagi perindustrian –

terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah

loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak

tidak jauh dari bandar ini.

UMUM 
SPA

Spa ialah bandar-bandar yang terletak di kawasan

mata air semula jadi atau telaga. Di Eropah, spa

menjadi popular semasa pemerintahan Rom.

Orang ramai percaya bahawa sulfur, nitrat atau air

garam yang terkandung dalam air spa dapat

menyembuhkan pelbagai penyakit. Orang Rom

telah membina tempat mandi di Bath dan St.

Albans di England.

UMUM 
SALEM

Salem (pend. 38 264) ialah bandar di

Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini

merupakan salah sebuah bandar yang penuh

sejarah di New England serta tempat pengadilan

tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar

tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri

kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel,

mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan

keluaran kulit.

Salem State College terletak di Salem. Banyak

rumah yang bersejarah terletak di bandar ini

termasuk rumah tempat lahir Nathaniel

Hawthorne dan House of Seven Gables.

UMUM 
SEATTLE

Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan

metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar

di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini

merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan

pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik.

Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget,

kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui

Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah

membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan

Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk

Washington tinggal di kawasan metropolitan

Seattle.

UMUM 
NEW PLYMOUTH

New Plymouth (pend. 48 519) ialah sebuah

bandar di Pulau Utara, New Zealand. Bandar ini

merupakan bandar utama dan pelabuhan

Taranaki, yang pernah satu masa dahulu dinamai

<i> provinsi New Plymouth i>. New Plymouth menjadi

pangkalan pengeluar gas luar pantai yang amat

besar. Bandar yang terletak di bawah cerun utara

Gunung Egmont ini mempunyai beberapa pantai.

Taman Pukekura, adalah salah satu taman yang

mempunyai pemandangan yang paling indah di

New Zealand. Muzium Taranaki dan balai seni

lukis terletak berhampiran pusat bandar. Gereja

St. Mary, yang dibuka pada tahun 1846,

merupakan salah satu gereja batu tertua di New

Zealand.

UMUM 
SUSSEX

Sussex ialah kaunti yang besar di pantai barat daya

England. Ramai orang bercuti mengunjungi bandar-bandar

tepi pantainya pada musim panas.

Kebanyakan penduduk Sussex tinggal berdekatan

dengan kawasan pantai dan berulang-alik ke

London kerana bekerja. Salah satu daripada

pertempuran masyhur dalam sejarah Britain berlaku

di Sussex berhampiran bandar Hastings pada tahun

1066. Pada pertempuran ini, Duke William dari

Normandy mengetuai serangan yang berjaya

menakluki England dan menjadi King William I (the

Conqueror).

UMUM 
PULAU HABA BANDARPeningkatan suhu di kawasan bandar berbanding dengan suhu di kawasan sekitarnya (luar bandar). Perbezaan suhu amat jelas pada waktu malam dengan perbezaan dalam lingkungan 6° hingga 12°C.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
12345678910...

Kembali ke atas