[ba.ngau] | باڠاو
Definisi : sj burung yg berkaki dan berleher panjang dlm genus Egretta dan genus yg berkaitan; ~ batu, Egretta sacra; ~ besar, Egretta alba; ~ cina, Egretta eulophotes; ~ kecil, Egretta garzetta; ~ kendi, Egretta intermedia; ~ kerbau, Bulbulcus ibis; ~, ~, minta aku leher, badak, badak, minta aku daging prb iri hati melihat kekayaan (kelebihan) orang; berapa tinggi terbang ~, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga = setinggi-tinggi terbang ~, hinggap ke bubungan juga prb walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga, walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ngau] | باڠاو
Definisi : nama sj burung yg berkaki dan berleher panjang, Ardeola ibis coromanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)