Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : 1. megah; 2. besar hati: saya berasa ~ kerana mendapat kawan yg begitu setia;berbangga 1. berasa megah; 2. berasa besar hati: anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;membangga ark berbangga;membanggakan 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua;kebanggaan 1. kemegahan: pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air; 2. rasa besar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : Jw ark membangkang, menentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : senang dan besar hati; megah: Tuan kebun itu berasa sangat gembira dan ~ dgn hasil tanamannya. berbangga berasa senang dan besar hati kerana sesuatu sebab; berasa bangga: Rakyat negara tsb ~ dgn kemajuan yg dicapai oleh negara mereka. membanggakan 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. kebanggaan 1 apa-apa yg menimbulkan rasa bangga. 2 perasaan bangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangga

Puisi
 

Pokok cempedak di tepi tangga,
     Berbuah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah berasa bangga,
     Bilalah diri dipuja orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASIONALISME

Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat

sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk

perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan

kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik,

nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan

bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan

sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para

nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap

kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah

bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti-

parti politik nasionalis atau kebangsaan secara

umumnya menekankan hak kebangsaan mereka

untuk merdeka – iaitu “hak untuk menentukan

kehidupan sendiri”.

UMUM 
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM 

Kembali ke atas