BANGKAHULU | BANGKAHULU, sebuah petempatan di Sungai Itam di sebelah barat Pulau Sumatera. Wilayah Bangkahulu meliputi daerah-daerah yang awal diduduki British iaitu menganjur dari Mukomuko di utara hingga Krui di selatan. Pantai sempit yang menganjur dengan Banjaran Bukit Barisan di pedalaman didiami oleh suku terbesar seperti Lebong, Rejang, Lemba dan Pasemah serta pendatang Minangkabau dan orang Melayu Pesisir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
A. RIVAI | A. RIVAI (1871-1933), wartawan dan ahli Volksraad (Dewan Perwakilan Rakyat) yang dilantik oleh kolonial Belanda. Dia lahir di Palembayan, Bangkahulu, Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MUKOMUKO | MUKOMUKO , wilayah utama Kesultanan Anak Sungai, Minangkabau, Indonesia. Mukomuko mendapat namanya daripada sungai kecil yang banyak merentasi kawasan pantai yang sempit. Pada asalnya, Sultan Muhammad Syah meletakkan wilayah Anak Sungai ini di bawah kekuasaan Inderapura, iaitu kawasan yang terkenal dengan lada dan ditadbir oleh seorang wakil ditempatkan di Menjuto. Oleh sebab Anak Sungai mengatasi Inderapura dari segi pengeluaran lada, wilayah ini memperoleh kebebasannya dalam mencari pasaran lada menerusi ibu pejabat British di Bangkahulu. Dengan sokongan British, Sultan Gulemat (m.m. 1691-1716) menabal dirinya sebagai Sultan Anak Sungai yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SYAIR SULTAN ABDUL MULUK | SYAIR SULTAN ABDUL MULUK, puisi Melayu tradisional. Syair ini pernah diterbitkan oleh Roorda van Eysinga pada tahun 1847 dalam majalah Tijdschrift Nederlandsch Indie. Terdapat lima buah versi syair ini iaitu MS 450 milik Perpustakaan Negara Malaysia, Cod. Or 1740, Cod. Or 1748 dan Cod. Or 3368 milik Perpustakaan Universiti Leiden, dan sebuah lagi tersimpan di Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Pulau Penyengat, Riau. Syair Sultan Abdul Muluk juga telah diterbitkan oleh Muhammad Ali bin Uthman, Melaka (1867), Haji Muhammad Tahir, Kampung Bangkahulu (1868), Haji Abdul Majid, Singapura (1874), Haji Muhammad Amin, Singapura (1894) dan Matba’ Haji Muhammad Siraj, Singapura (1901). Terbitan ini semuanya dalam bentuk litografi Jawi. | SASTERA | Konsep |