Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsa I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANNAN, KOFI

Annan, Kofi (1938-    ), diplomat Ghana, Setiausaha Agung PBB (1997-   ). Beliau ialah Setiausaha Agung yang pertama dilantik dalam kalangan staf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

1">    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENAN

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAN, suku kaum yang merupakan satu minoriti etnik di negeri Sarawak.  Mereka adalah antara suku kaum yang paling awal menduduki Pulau Borneo.  Kini, suku kaum Penan mendiami di kawasan pedalaman daerah Belaga, Bintulu, Baram, Miri dan Limbang dengan jumlah penduduk lebih kurang 10, 000 orang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PELITA MALAYA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA MALAYA,  akhbar harian.  Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar <I style="mso-bidi-font-style: normal">Suara Rakyat I>yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu.  Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946.  akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya.  ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’.  Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah.  Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
ORANG ACEH

ORANG ACEH, suku1">            kaum yang berasal dari Aceh, Sumatera Utara, Indonesia. Orang Aceh dipercayai berasal dari Keling, Madras dan Malabar di India dan mereka beragama Hindu. Setelah Islam tersebar, mereka memeluk agama Islam di Aceh. Orang Aceh juga dipercayai berasal dari negara Arab, Parsi dan Turki. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa orang Aceh berasal dari Campa (Indochina).

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN

PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) ditubuhkan pada tahun 1914.  Pasukan ini bermula dengan dua kompeni Special Constables di Kelantan yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1914.  Kompeni Nombor 1 mengandungi lebih kurang 30 orang Eropah dan Kompeni Nombor 2 mengandungi lebih kurang 25 orang bangsa Asia. Keseluruhan kekuatan anggota ialah seramai 55 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

1">           

BUDAYAProses/Tindak Balas

Kembali ke atas