Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ni] | بني

Definisi : Ar anak (cucu), keturunan: ~ Adam; ~ Israel; banu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ni] | بني

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (sakat), akar kul, akar banuk, Dissochaeta rafflesiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ni] | بني

Definisi : anak cucu kpd; keturunan: ~ Adam anak cucu Nabi Adam; sekalian manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG BANI AL-MUSTALIQ

Perang Bani al-Mustaliq berlaku pada awal

bulan Syaaban tahun 6 H./628 M. antara orang

Islam di Madinah dengan golongan Bani al-

Mustaliq yang menyembah berhala.

UMUM 
BANI ABBASIYAH

Bani Abbasiyah, keluarga yang memerintah dunia Islam berasaskan sistem khalifah bermula dari tahun 132 hingga 656 H. Bani Abbas atau disebut juga al-‘Abbasiyyun adalah salah satu keturunan yang mewakili kabilah Quraisy.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
BANI UMAYYAH

Bani Umayyah adalah keluarga pemerintah sistem khalifah Islam dari tahun 41-132H (661-750 M).

AGAMABangsa/Suku/Kaum
BANI ISRAIL

Bani Israil, keturunan atau kelompok bangsa yang dihubungkan dengan Nabi Yaakub bin Ishak a.s.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
BANI UTHMANIYAH

Bani Uthmaniyah, nama satu keluarga atau keturunan yang memerintah Turki sejak pemerintahan Kesultanan Turki diasaskan sekitar tahun 1300 M hingga terbentuknya Republik Turki pada tahun 1341 H/1923 M.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
BANI HASHIM

Bani Hashim, keturunan yang dihubungkan dari segi salasilahnya dengan Hasyim bin Abd al-Manaf (500-524 M), salah seorang pembesar bangsa Quraisy yang paling mulia dan dihormati pada Zaman Jahiliah.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
BANI NADIR

Bani Nadir, sekumpulan puak Yahudi di Yathrib yang datang dari Palestin kerana lari daripada tekanan kerajaan Rom yang memerintah ketika itu.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
MU‘AWIYAH IBN YAZID

Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684

M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada

pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah

ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn

Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali

sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya

akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut

selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang

tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah

menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru

kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan

agar mereka melantik penggantinya yang tersebut

dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia

telah mengasingkan diri di rumahnya dengan

beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia

meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh

sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak

sempat meninggalkan zuriat

UMUM 
BUWAYHIYYAH, KERAJAAN

Buwayhiyyah, Kerajaan (320–447 H./932–1055

M.) didirikan di bahagian barat Iran dan meliputi

Iraq dan diasaskan oleh keluarga Bani Buwayh.

Pemerintah dalam kalangan keluarga Bani Buwayh

yang terkenal ialah ‘Ali, al-Hassan dan Ahmad, yang

merupakan anak-anak Buwayh.

UMUM 
PERANG GRANADA

Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./

1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan

Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus.

Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan-

kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang

dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil “zaman al-

Tawa’if ”, selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah

di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah

kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun

630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar.

Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang

Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil

kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan

mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara

bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini

yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut

kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam

jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan

Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk

orang Islam Andalus.

UMUM 
123456

Kembali ke atas