BANJIR | Banjir, keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan. Banjir sering dikaitkan dengan bencana yang menimbulkan kerosakan, apabila harta benda ditenggelami air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
BANJIR BESAR | Banjir besar, banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. yang menenggelamkan permukaan bumi sehingga menjadi lautan besar. | AGAMA | Fenomena |
DATARAN BANJIR | Dataran banjir, permukaan pamah berhampiran sungai yang terdiri daripada enapan yang dimendapkan di kiri dan kanan alur sungai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ARK | Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk kepada bahtera yang melindungi Noah dan keluarganya semasa Banjir Besar yang diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi, ark ialah almari yang menyimpan kitab Torah , lima kitab pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan ark berasal daripada perkataan Latin arca , yang bermakna peti , kotak , atau laci . Di Eropah, ark bermakna peti atau bakul tertutup untuk menyimpan barang berharga. Di Amerika Syarikat, ark merujuk kepada perahu leper yang besar yang digunakan semasa peluasan negara. Lihat juga Ark of the Covenant. | UMUM | |
TANAH TANDUS | Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun bukit juga memainkan peranan untuk membentuk tanah tandus. | UMUM | |
SUNGAI PO | Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali. Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira 652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini adalah deras di bahagian atas tetapi beransur perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M., kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal). | UMUM | |
PERTAHANAN AWAM | Pertahanan awam juga dikenali sebagai perlindungan awam , ialah program yang dibiayai oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda jika musuh menyerang sesebuah negara ketika perang. Ia juga menyediakan pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan untuk orang ramai yang menderita akibat bencana alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi, gunung berapi, kebakaran, dan letupan. Pertubuhan pertahanan awam juga merangka rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti pengeboman dan pencemaran yang teruk atau kemalangan nuklear. | UMUM | |
HUTAN TENGGELAM | Hutan tenggelam, hutan yang terdapat di dataran banjir, kuala atau pinggir pantai yang mengalami penenggelaman secara semua jadi ataupun disebabkan oleh tindakan manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
TASIK LADAM | Tasik ladam ialah tasik berbentuk anak bulan yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini akhirnya memisahkannya daripada sungai utama. Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap. | UMUM | |
SURAH SABA' | Surah Saba’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat. Surah ini dinamakan Saba’ kerana Allah S.W.T. ada menyebut dalam al-Qur’an cerita negeri Saba’, iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan kemewahan, kegembiraan dan ketenangan. Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran kepada orang yang mahu mengambil iktibar. | UMUM | |