Archibald, Jules Francois (1856–1919), banyak menyumbang terhadap perkembangan sastera dan seni di Australia. Pada tahun 1880, dia membantu mengasaskan The Bulletin . Dia menjadi ketua pengarang The Bulletin selama lebih 16 tahun. Archibald menggalakkan penulis tempatan menulis cerita pendek dan balada untuk majalah tersebut. Dia pernah mengumpulkan sekumpulan penulis muda, seperti Henry Lawson dan Banjo Paterson. Dia memberikan mereka bantuan dan sokongan. Archibald juga membantu mengasaskan majalah The Lone Hand . Kemudian, dia menjadi ketua pengarang sastera untuk majalah Smith’s Weekly . Dia mengeluarkan peruntukan untuk anugerah seni tahunan yang dipanggil Hadiah Archibald. Namanya yang sebenar ialah John Feltham Archibald. Dia lahir di Kildare, Australia. |