| HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP | HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
| ANGAS, GEORGE FIFE | Angas, George Fife (1789–1879), dermawan dan salah seorang pengasas Australia Selatan. Dia lahir di Newcastle upon Tyne, England. Dia menubuhkan South Australian Banking Company pada tahun 1841, dan berpindah ke Australia Selatan pada tahun 1851. Dia memainkan peranan yang aktif dalam hal ehwal awam tanah jajahan dengan menjadi ahli Majlis Undangan sehingga tahun 1866. | UMUM | |
| BANK | Bank, institusi yang menjalankan perniagaan perbankan. Istilah ini juga merujuk kepada Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA – Banking and Financial Institution Act 1989), Perkara 2(1). | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |