DADAISME | Dadaisme ialah gerakan bantahan dalam seni, yang dibentuk pada tahun 1916 oleh sekumpulan pelukis dan pemuisi di Zurich, Switzerland. Dadais membantah apa yang mereka percaya ialah konsep yang telah ketinggalan zaman dalam seni, dan kejahatan yang mereka lihat berlaku dalam masyarakat. | UMUM | |
PERISTIWA NATRAH | Peristiwa Natrah ialah peristiwa rusuhan yang berlaku di Singapura pada tahun 1950 berikutan bantahan orang Islam Singapura terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis Belanda yang telah menganut agama Islam. | UMUM | |
MUHAMMAD, ELIJAH | Muhammad, Elijah (1897–1975) merupakan pemimpin gerakan Black Muslims di Amerika Syarikat, iaitu organisasi kulit hitam yang menggabungkan kepercayaan agama dan bantahan sosial yang kuat. Dia menggalakkan pemisahan orang kulit hitam daripada orang kulit putih dan pembentukan sebuah negeri atau wilayah kulit hitam. | UMUM | |
THOREAU, HENRY DAVID | Thoreau, Henry David (1817–1862) ialah penulis Amerika yang dikenang kerana bidasannya terhadap institusi sosial yang dianggapnya tidak bermoral, dan kepercayaannya terhadap kepentingan agama dalam alam semula jadi. Esei “Civil Disobedience” merupakan bantahan sosial Thoreau yang paling terkenal. Walden, kajian tentang manusia di alam semula jadi menaikkan reputasi Thoreau dalam bidang kesusasteraan. | UMUM | |
SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |