RACUN | Racun ialah sebarang bahan yang boleh membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut toksin. | UMUM | |
MOOR | Moor ialah kawasan tanah lapang yang tidak diusahakan. Lapisan gambut yang biasanya basah meliputi sesetengah moor. Perkataan “moor” sering digunakan kepada moor di Scotland dan lain-lain bahagian di Kepulauan British, tempat heather tumbuh dengan banyaknya. Tetapi terdapat juga moor di barat laut Eropah dan Amerika Utara. Selain daripada heather, tumbuh-tumbuhan kawasan moor termasuk gorse, resam dan berbagai-bagai rumput. Pokok jarang didapati. Banyak moor menjadi rawa di kawasan rendah. | UMUM | |
SEWA BELI | Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa beli selalunya menghendaki pembeli membayar sebahagian daripada harga barangan pada masa ia dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat beberapa kali bayaran yang sama banyaknya seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa pembayarannya boleh dilanjutkan. | UMUM | |
DELIRIUM TREMENS | Delirium tremens yang kerap dikenali sebagai DT’s, ialah gangguan saraf dan mental akibat alkoholisme akut. Ramai orang menjadi benar-benar terganggu dan mengalami delirium tremens akibat meminum arak yang luar biasa lamanya dan banyaknya. | UMUM | |
HIKAYAT PARANG PUTING | HIKAYAT PARANG PUTING, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini juga dikenal sebagai Hikayat Budak Miskin. Hikayat ini dipengaruhi dengan banyaknya unsur Hindu yang terdapat di dalamnya termasuklah dewa, kesaktian,alam kayangan dan sebagainya yang berasal daripada kitab Mahabharata. | SASTERA | Karya |
SULFONAMIDA | Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian yang disebabkan banyak penyakit berjangkit menurun dengan mendadak disebabkan penemuan sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia II (1939–1945). Kini, para doktor menyarankan penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat jangkitan salur kencing. | UMUM | |
ULAMA KELANTAN | ULAMA KELANTAN, golongan ahli agama yang terdapat di negeri Kelantan. Antara tahun 1800 hingga tahun 1940-an, golongan ulama lahir dengan banyaknya di Kelantan. Kelantan telah muncul sebagai sebuah negeri yang menjadi pusat pengajian Islam yang utama di Semenanjung Tanah Melayu dan ia dikenal sebagai ‘Serambi Makkah’. Bersama-sama dengan kelahiran ulama ini muncullah sistem pendidikan persekolahan pondok di negeri tersebut. Sistem pendidikan tradisi ini wujud di Kelantan akibat pengaruh daripada sistem pengajian berbentuk halakah di Masjidilharam, Makkah dan di Masjid al-Nabawi, Madinah. Sistem persekolahan jenis pondok ini juga terdapat di Patani dan Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PASTEUR, LOUIS | Pasteur, Louis (1822–1895), ahli sains Perancis, memberi sumbangan yang besar kepada ilmu kimia, perubatan, dan industri yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria telah menyelamatkan nyawa yang tidak terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli sains teori yang agung dan yang menerapkan penemuan asasnya kepada masalah praktik yang penting baik dalam bidang industri mahupun dalam bidang perubatan. | UMUM | |
MUATAN | Muatan ialah barangan pembuatan atau bahan mentah yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat. Kereta api masih mengangkut muatan berat seperti batu arang dan mineral lain. Tetapi di kebanyakan negara industri, jalan raya mengangkut lebih banyak muatan berbanding kereta api. Trak dan van mengangkut muatan dari kilang ke gudang, dan dari gudang kepada pelanggan. Muatan selalunya dipindahkan melalui kontena . Ia merupakan kotak logam besar yang dinaikkan ke atas trak dan boleh diturunkan terus ke atas gerabak kereta api atau ke atas dek kapal kargo. Pengenalan muatan berkontena telah mengurangkan kerja pemunggahan naik dan turun, serta pemunggahan semula barangan dengan banyaknya. | UMUM | |
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU | PERISTILAHAN BAHASA MELAYU, proses penggubalan kata-kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penggubalan istilah dan perkataan baharu dengan banyaknya ini telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada perkembangan bahasa Melayu. Daripada bahasa yang dianggap serba kekurangan, bahasa Melayu kini telah berhasil menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, baik pada peringkat rendah mahupun pada peringkat pengajian tinggi. | BAHASA | Konsep |