Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM 
PERAK NIKEL

Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink.

Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia

pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia

adalah logam berwarna kekuningan yang lebih

keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam,

tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang

digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel

yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan

seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya

pudar setelah digunakan.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas