| NILAI | Nilai dalam bidang ekonomi, bermaksud kuasa yang ada pada sesuatu barangan untuk membolehkannya ditukar dengan barangan lain. Nilai berkaitan dengan syarat yang dikenakan apabila menukar sesuatu barangan dengan yang lain. Nilai tidak sama dengan harga.  Harga  suatu barangan ialah kuasa tukaran dalam bentuk wang.  Nilai,  bererti kuasa tukaran dalam bentuk barangan lain.  | UMUM |   | 
			
				| BARANGAN | Barangan ialah benda yang mempunyai sifat fizikal atau keluaran ketara.  | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep | 
			
				| PERUNCITAN | Peruncitan terdiri daripada semua aktiviti yang melibatkan penawaran jualan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna untuk kegunaan sendiri. Peruncitan ialah peringkat terakhir dalam proses membawa barangan kepada pengguna. Tidak kesemua peruncit menjual barangan.  | UMUM |   | 
			
				| SETEM PERDAGANGAN | Setem perdagangan ialah premium atau  bonus yang diberikan oleh peruncit kepada  pembeli barangan yang membeli secara tunai.  Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan  barangan lain ataupun untuk mendapatkan  diskaun daripada barang dagangan peruncit  tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual  setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh  menebus (menukar) setem tersebut untuk  mendapatkan pelbagai barangan seperti  perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.  Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi  setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan  untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli  perniagaan Amerika, Thomas Sperry,  menubuhkan syarikat setem perdagangan yang  pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan  setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat  yang memberikan setem ini untuk meningkatkan  hasil jualan.  | UMUM |   | 
			
				| PERDAGANGAN | Perdagangan ialah membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan. Perdagangan disebabkan oleh keperluan dan kehendak terhadap barangan yang dikeluarkan dan perkhidmatan yang diberikan oleh orang lain.  | UMUM |   | 
			
				| PORTEJ | Portej ialah mengangkut barangan atau bot mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air terjun atau jeram. Istilah  portej  juga digunakan untuk laluan darat bagi membawa barangan. Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara sungai dengan tasik dengan kaedah portej. Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka membawa kanu dan barangan melalui laluan darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang berikutnya bagi meneruskan pengembaraan melalui air.  | UMUM |   | 
			
				| TARIF | Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barangan yang diimport oleh sesebuah negara dari negara yang lain. Banyak negara menggunakan tarif untuk melindungi industri mereka daripada saingan negara luar. Tarif memberikan perlindungan dengan menaikkan harga barangan yang diimport. Dengan itu, tarif menggalakkan syarikat tempatan agar meningkatkan pengeluaran mereka, dan para pengguna terpaksa membayar lebih untuk barangan yang dilindungi ini.  | UMUM |   | 
			
				| SEWA BELI | Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara  hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa  beli selalunya menghendaki pembeli membayar  sebahagian daripada harga barangan pada masa ia  dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat  beberapa kali bayaran yang sama banyaknya  seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran  dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali  sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa  pembayarannya boleh dilanjutkan.  | UMUM |   | 
			
				| KULIT KRAF | Kulit kraf ialah seni membuat barangan  daripada kulit untuk dijadikan perhiasan dan  kegunaan lain. Kulit lembut dan bulu juga boleh  digunakan. Barangan kulit yang paling popular  termasuk tali pinggang, beg tangan, pelana dan  kasut. Pekerja kulit kraf juga menggunakan kulit  untuk mencipta perabot, barang kemas, ukiran  dan perhiasan dinding.  | UMUM |   | 
			
				| MAKRAMI | Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat  barangan dan praktikal hiasan dengan  menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil  seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian,  tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan  gantung di dinding serta barangan perhiasan lain.  | UMUM |   |