BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN | BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menentang usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957. | BAHASA | Konsep |
BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF) | BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF), satu gerakan pemisahan orang Islam Moro daripada kerajaan Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BARISAN PEMUDA SARAWAK | Barisan Pemuda Sarawak, persatuan serpihan daripada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), ditubuhkan pada bulan Jun 1947 untuk menentang isu penyerahan Sarawak kepada Britain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BARISAN NASIONAL | Barisan Nasional, gabungan parti-parti politik di Malaysia. Gabungan parti ini didaftarkan pada 1 Jun 1974. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
TAMPAN ANGIN | Barisan pokok yang ditanam di sesuatu kawasan untuk menghalang atau mengawal tiupan angin untuk mengurangkan kesan hakisan angin di kawasan yang diusahakan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KAFILAH | Kafilah ialah barisan manusia dan haiwan pengangkut yang panjang yang berjalan melintasi bumi yang tidak dihuni oleh manusia atau tandus. | UMUM | |
KLERESTORI | Klerestori istilah seni bina bagi barisan tingkap pada dinding yang bermula dari atas bumbung sekeliling. | UMUM | |
POLA IRAMA | Pola irama dalam puisi, ialah bilangan dalam satu barisan ungkapan. Perkataan metre bermaksud ukuran. Ia boleh juga merujuk kepada semua corak pola irama sesebuah puisi. | UMUM | |
KELONG | Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia terdiri daripada barisan pancang yang dibina menghadap arus laut dalam bentuk menirus seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang atau ombak besar yang memungkinkan pancang patah atau tercabut. | UMUM | |
ZIP | Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk yang boleh padan dengan elok antara satu dengan lain. | UMUM | |