TAWARAN BARU | Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an. Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan. Namun rancangan ini melegakan kegawatan ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi, manakala negara lain yang turut mengalami kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator. Roosevelt mula menggunakan istilah <i> tawaran baru i> apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat Amerika Syarikat,” katanya. | UMUM | |
SISIPAN | imbuhan yang disisipkan di dalam atau di tengah kata dasar untuk membentuk kata baru dengan makna baru dan fungsi baru. | BAHASA | Konsep |
PUJANGGA BARU | PUJANGGA BARU, organisasi sastera Indonesia. Angkatan Pujangga Baru ini ditubuhkan pada tahun 1933. Angkatan ini pada mulanya dikenal sebagai Angkatan 30 dan kemudian dikenal sebagai Pujangga Baru setelah terbitnya majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Pujangga BaruI> pada tahun 1933. majalah yang dipimpin oleh Armijn Pane dan Sutan Takdir Alisjahbana ini menyebarkan dan memperjuangkan cita-cita Pujangga Baru yang berhubung dengan kesusasteraan dan kebudayaan. Penerbitan majalah ini adalah untuk menyatukan para pengarang karya kreatif di Indonesia. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA | pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
KAMPUNG BARU | KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MATEMATIK BARU | Matematik baru ialah satu program pengajaran matematik yang kini digunakan di kebanyakan negara. | UMUM | |
KITAB PERJANJIAN BARU | Kitab Perjanjian Baru ialah Bible iaitu sebahagian kitab suci orang Kristian yang terdiri daripada 27 Sifr | UMUM | |
KELIAN BARU | KELIAN BARU, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak. Kawasan ini terletak lebih kurang 3 km di utara Kelian Pauh. Kawasan ini dibuka kesan daripada perkembangan perlombongan yang dimulakan oleh Long Jaafar di Kelian Pauh, dan diteruskan oleh Ngah Ibrahim. Mengikut cerita orang tempatan, Long Jaafar telah menjumpai banyak bijih timah di sini semasa hendak mencari seekor gajahnya yang telah lari dari Kelian Pauh dan menamai kawasan ini Kelian Baru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DASAR EKONOMI BARU | Dasar Ekonomi Baru (DEB), dasar untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
ANGKATAN PUJANGGA BARU | ANGKATAN PUJANGGA BARU, angkatan atau kumpulan sasterawan yang muncul dalam kesusasteraan Indonesia Moden pada tahun 1930-an yang dikenal juga sebagai Angkatan 30-an. | SASTERA | Konsep |