TAWARAN BARU | Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an. Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan. Namun rancangan ini melegakan kegawatan ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi, manakala negara lain yang turut mengalami kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator. Roosevelt mula menggunakan istilah tawaran baru apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat Amerika Syarikat,” katanya. | UMUM | |
PUJANGGA BARU | PUJANGGA BARU, organisasi sastera Indonesia. Angkatan Pujangga Baru ini ditubuhkan pada tahun 1933. Angkatan ini pada mulanya dikenal sebagai Angkatan 30 dan kemudian dikenal sebagai Pujangga Baru setelah terbitnya majalah Pujangga Baru pada tahun 1933. majalah yang dipimpin oleh Armijn Pane dan Sutan Takdir Alisjahbana ini menyebarkan dan memperjuangkan cita-cita Pujangga Baru yang berhubung dengan kesusasteraan dan kebudayaan. Penerbitan majalah ini adalah untuk menyatukan para pengarang karya kreatif di Indonesia. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
YUGOSLAVIA | Yugoslavia asalnya daripada sebuah negara yang lebih besar, juga dinamai Yugoslavia, yang telah berpecah menjadi beberapa buah negara merdeka pada tahun 1991 dan 1992. Yugoslavia yang baru ini, seperti Yugoslavia yang terdahulu, terletak di Semenanjung Balkan di tenggara Eropah. Belgrade ialah ibu negara dan bandar terbesar di Yugoslavia. | UMUM | |
KAMPUNG BARU | KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA | pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
SPORT | Sport, dalam bidang genetik, ialah istilah yang merujuk kepada kemunculan tiba-tiba jenis keturunan baru tertentu pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sport ini disebabkan oleh terjadinya perubahan dalam sel yang dikenali sebagai mutasi (lihat Mutasi). Jenis baru sering digunakan sebagai induk untuk menghasilkan jenis baka yang baru. | UMUM | |
KELIAN BARU | KELIAN BARU, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak. Kawasan ini terletak lebih kurang 3 km di utara Kelian Pauh. Kawasan ini dibuka kesan daripada perkembangan perlombongan yang dimulakan oleh Long Jaafar di Kelian Pauh, dan diteruskan oleh Ngah Ibrahim. Mengikut cerita orang tempatan, Long Jaafar telah menjumpai banyak bijih timah di sini semasa hendak mencari seekor gajahnya yang telah lari dari Kelian Pauh dan menamai kawasan ini Kelian Baru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BURUNG HITAM BERSAYAP MERAH | Burung hitam bersayap merah ialah nama satu daripada beberapa spesies burung hitam Dunia Baru. Burung ini hidup di Amerika Utara dan Amerika Tengah dari Pergunungan Rocky hingga Lautan Atlantik. | UMUM | |
NEWFOUNDLAND | Newfoundland (pend. 568 474) merupakan provinsi Kanada yang paling baru. Provinsi ini termasuklah pulau Newfoundland dan pantai Labrador , sebahagian daripada tanah besar Kanada. Newfoundland menjadi sebuah provinsi Kanada pada tahun 1949. St. John merupakan ibu provinsi dan bandar yang terbesar di Newfoundland . Bandar yang sibuk ini adalah antara komuniti yang tertua di Amerika Utara. Ketam, udang karang dan kekapis hidup di sepanjang pantai Newfoundland. | UMUM | |
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI | Anugerah Ratu untuk Eksport dan Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di United Kingdom yang memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri, termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan atau dalam bidang teknologi – menerima replika lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar. Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan pada produk mereka. Bagi anugerah eksport, lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T. | UMUM | Anugerah/Hadiah |