DRAISIN | Draisin lihat Basikal (Basikal yang awal: gambar). | UMUM | |
LUMBA BASIKAL | | UMUM | |
BASIKAL | Basikal, kenderaan yang mempunyai dua roda yang dipasang pada rangkanya, satu di sebelah hadapan dan satu di belakang. Basikal digerakkan dengan kuasa kayuhan manusia. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
KEHIDUPAN | Kehidupan. Kebanyakan orang menghadapi sedikit kesukaran untuk membezakan benda hidup daripada benda bukan hidup. Misalnya, mereka mudah mengenal bahawa rama-rama, kuda, dan pokok adalah hidup, tetapi basikal, rumah, dan batu adalah tidak hidup. Kita menamakan sesuatu itu hidup jika ia dapat melakukan aktiviti tertentu, seperti pertumbuhan dan pembiakan. | UMUM | |
NOTTINGHAMSHIRE | Nottinghamshire ialah sebuah kaunti di tengah England . Ia masyhur kerana legenda Robin Hood, yang dikatakan tinggal di Hutan Sherwood dengan kumpulan penjahatnya. Kini, kaunti ini dikenali kerana industri penting seperti pembuatan basikal, pakaian, tembakau, dan ubatan. Ia juga dikenali kerana kaya dengan lombong batu arang, dan juga kerana Renda Nottingham. | UMUM | |
TAYAR | Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta, jentera melombong, motosikal, kenderaan rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat daripada getah padat, seperti yang digunakan pada kereta sorong. | UMUM | |
MOTOSIKAL | Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah antara roda depan dan roda belakang. Motosikal mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia menggunakan motosikal sebagai pengangkutan atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal trafik kerana kenderaan tersebut boleh dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan bomba menggunakan motosikal untuk membawa kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di bandar-bandar besar di United Kingdom dan di tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk menghantar dokumen dan bungkusan kecil. | UMUM | |
PERKAKAS MESIN | Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini boleh membengkokkan, memotong, menggerudi, mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin yang lebih canggih membabitkan penggunaan tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan peranan penting dalam pembuatan hampir semua produk logam, antaranya ialah bahagian basikal, kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil, juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan menggunakan perkakas mesin. | UMUM | |
PAM | Pam ialah sejenis peranti yang menggerakkan atau memadatkan cecair dan gas. Pam digunakan dalam pelbagai jenis mesin dan peranti lain, termasuklah dalam sistem pemanas rumah, peti sejuk, telaga minyak dan perigi, dan enjin turbojet dan kereta. Bendalir (sama ada gas atau cecair) yang digerakkan oleh pam termasuk udara untuk mengembungkan tayar basikal hinggalah kepada cecair natrium dan cecair kalium untuk menyejukkan reaktor nuklear. Kebanyakan pam dibuat daripada keluli, tetapi ada juga yang dibuat daripada kaca atau plastik. Pam gas juga dikenali sebagai pemampat, kipas, atau penghembus. | UMUM | |
SARK | Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya. Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor adalah satu-satunya kenderaan bermotor dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark merupakan kerajaan gabungan feudal dan demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan. Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi dengan bot dari Jersey, yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945), tentera Jerman menduduki pulau ini. Lihat juga Kepulauan Channel. | UMUM | |