Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang mengeja sambil membaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan dr akar hingga ke cabang atau ke dahan. 2 apa-apa yg bulat panjang: ~ leher; ~ cangkul. 3 penjodoh bilangan utk sungai. 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg panjang: Dlm kotak ini, ada lima ~ rokok. 5 bahagian tangkai pd cangkul (dayung dsb): ~ cangkul tangkai cangkul; ~ dayung tangkai dayung. ~ air sungai. ~ hidung a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. ~ kalam tangkai pena. ~ tubuh a. tubuh badan (tidak termasuk kaki dan tangan). b. diri sendiri; peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang membunyikan apa-apa yg dieja sebelumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(135)
Peribahasa

Batang jangan dibongkar-bongkar,
     takutkan cacing di bawahnya berlingkar;
lain rotan lain akar,
     walaupun sama boleh dibuat lekar.

Bermaksud :

Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATANG LUPAR

Batang Lupar, sungai di Sarawak. “Batang” dalam bahasa Iban bermakna sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
PENGGANTUNGAN BATANG KILASAN UMUM 
PUDINA

Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan.

Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat

sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang

yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang

permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi

tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang.

Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga

berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan

atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh

pada spika di hujung batang.

UMUM 
LIK

Lik ialah sayur yang berkaitan dengan bawang.

Tumbuhan lik mempunyai banyak daun leper yang

bersambung di pangkalnya untuk membentuk

batang yang tebal. Batang lik lebarnya 2.5

sentimeter hingga lima sentimeter, dan panjangnya

10 sentimeter hingga 20 sentimeter. Batangnya

adalah bahagian yang boleh dimakan, rasanya

seperti rasa bawang. Lik dimakan mentah, dimasak,

atau digunakan sebagai perisa untuk makanan lain.

UMUM 
DURI

Duri ialah batang yang pendek dan tajam, yang

tumbuh daripada batang berkayu bagi banyak

spesies pokok dan pokok renek

UMUM 
ROTAN

Rotan ialah bahan yang liat, berserabut. Ia

berasal daripada batang jenis palma yang

tumbuh di timur India, Afrika. Pokok ini

tergolong dalam genus palma yang dikenali

sebagai Calamus . Batang rotan boleh tumbuh

sehingga melebihi 150 meter panjangnya. Pokok

ini memanjat pokok-pokok lain dengan cangkuk

halus pada daunnya.

UMUM 
SAP

Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang

dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat

dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta

mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok

ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan

dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi

jenis sap ialah air yang membawa makanan

tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke

bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan

atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan

yang dikenali sebagai floem.

UMUM 
BERJASABatang; mso-ansi-language: MS; mso-fareast-language: ZH-CN; mso-bidi-language: AR-SA">BERJASA, Batang; mso-ansi-language: MS; mso-fareast-language: ZH-CN; mso-bidi-language: AR-SA">parti politik.  BERJASA ialah angkatan bagi Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia.  Parti ini didaftarkan pada 30 Januari 1978 dan Datuk Mohamed Nasir dilantik sebagai yang dipertuanya yang pertama.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
BERJAMUBatang; mso-ansi-language: MS; mso-fareast-language: ZH-CN; mso-bidi-language: AR-SA">BERJAMUBatang; mso-ansi-language: MS; mso-fareast-language: ZH-CN; mso-bidi-language: AR-SA">,  upacara memberi makan kepada makhluk halus oleh masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu.  BUDAYAPerayaan/Upacara
SUKULEN

Sukulen ialah nama bagi tumbuhan yang berisi

seperti kaktus, yang mempunyai batang atau daun

yang besar untuk menyimpan air. Tumbuhan sukulen

tumbuh di gurun dan di tempat kering di dunia, iaitu

ditempat tiada banyak air. Tumbuhan gurun

mempunyai batang atau daun yang besar untuk

menyimpan air.

Lihat juga Famili spurge; Kaktus; Sedum.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas