| TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
| KOHLRABI | Kohlrabi ialah sayur yang batangnya besar dan ditanam untuk dimakan. Bahagian atas batangnya berbentuk seperti bebawang dan tumbuh betul-betul di atas tanah. | UMUM | |
| POKOK BOTOL | Pokok botol ialah pokok di Australia yang batangnya kelihatan seperti botol. Pokok botol hidup subur di kawasan kering di timur laut Australia. | UMUM | |
| KELAYUAN | Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke dalam tisu tumbuhan. | UMUM | |
| EKOR KUDA | Ekor kuda ialah tumbuhan yang mempunyai batang berongga, bersendi dan biasanya berlekuk. Batangnya mengandungi silika iaitu bahan pelelas (lihat Silika). Ekor kuda kadangkala dikenali sebagai rush penyental kerana ia pernah digunakan untuk menggilapkan logam. | UMUM | |
| SMILAKS | Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar berkayu atau herba yang mempunyai akar yang tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat. Di hujung batangnya terdapat sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika. Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru, atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila, dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul. Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae. | UMUM | |
| SAGE | Sage ialah nama lebih daripada 750 spesies dan pokok renek. Sage biasa, juga dinamakan sage taman, terkenal kerana baunya yang kuat dan daun serta batangnya yang pahit. Ia adalah herba yang penting dalam masakan. | UMUM | |
| POKOK BANKSIA | Pokok banksia ialah nama bagi kira-kira 70 jenis tumbuhan yang tumbuh di Australia dan New Guinea. Banksia terdiri daripada pokok kecil yang batangnya berbonggol-bonggol hinggalah kepada pokok renek yang rimbun. Tumbuhan ini dinamakan sempena nama ahli alamiah Inggeris, Sir Joseph Banks. | UMUM | |
| MENSIANG | Mensiang ialah nama biasa bagi empat jenis tumbuhan rumput yang tinggi, halus. Mensiang juga boleh dirujuk kepada batang tumbuhan ini yang sering beruas di banyak tempat. Batangnya mungkin sehalus dan serapuh jerami, atau setebal dan setegap buluh. Empulur yang memenuhi bahagian tengah mensiang biasanya boleh dibuang, meninggalkan tiub berongga yang bersendi. Batang berongga ini digunakan untuk membuat alat muzik. | UMUM | |
| PETAI | Petai . Pokok petai berasal dari Malaysia. Pada masa ini pokok petai masih terdapat tumbuh liar di hutan-hutan seluruh Malaysia. Pokok petai besar, tingginya boleh mencapai 50 meter. Batangnya berbanir. Bunga petai kecil berwarna putih, tersusun padat pada jambak yang bertangkai panjang, terjuntai di hujung ranting. Kira-kira 6 hingga 10 papan atau lenggai petai tergantung pada pangkal jambaknya. | UMUM | |