Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ti/] | باتيق

Definisi : kain yg bercorak (dilukis atau ditera dgn lilin dan dicelup); ~ cap batik yg dicap (dicetak); ~ Kelantan batik yg dibuat di Kelantan; ~ Semarang a) batik buatan Semarang; b) prb janda yg lebih cantik drpd semasa gadis; ~ tulisan (suratan) batik yg ditulis (disurat) dan bukan dicap; ~ Yogya batik yg dibuat di Yogya; umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau prb makin lama makin bertambah baik;membatik membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu;batikan hasil membatik: anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;pembatikan 1. tempat membuat (perusahaan) batik; 2. cara membuat batik;pembatik pengusaha (pembuat) batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ti/] | باتيق

Definisi : sj kain yg beraneka warna coraknya yg dibuat dgn cara-cara tertentu spt dicap atau ditulis: ~ cap batik yg dibuat dgn alat cap; ~ tulis batik yg dibuat dgn tangan (bukan dgn alat cap). membatik membuat (corak) batik. pembatik orang yg membuat batik; pengusaha batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batik

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Laksana batik lasam.

Bermaksud :

Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATIKBatik, seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. BUDAYAKonsep
KAIN BATIK KEDAH

KAIN BATIK KEDAH, kain sarung batik cap. Pada awalnya kain ini dihasilkan oleh pembatik di negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi kini ia terdapat di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kain sarung ini digunakan oleh wanita Kedah sebagai pakaian harian. Di tempat-tempat lain, kain batik dipakai sewaktu bersembahyang.

BUDAYAKraf Tangan
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

(YADIM) ialah sebuah badan amanah atau

yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam

di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25

Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation

Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya

dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang

kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam

perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan

operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala

Lumpur pada tahun 1975

UMUM 
SAREKAT ISLAM

SAREKAT ISLAM, pertubuhan politik di Indonesia.  Nama asal pertubuhan ini ialah Sarekat Dagang Islam dan ditubuhkan oleh saudagar batik Indonesia pada tahun 1909.  Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi dan sosial rakyat Indonesia  daripada ditindas oleh pedagang Cina.  Golongan pertengahan ini telah menggunakan agama Islam sebagai unsur penyatuan dan landasan perjuangan mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KAIN LEPAS

KAIN LEPAS, kain yang seakan-akan kain sarung tetapi tidak dicantum kedua-dua hujungnya. Selalunya, kain lepas disebut sebagai ‘kain batik lepas’. Kain ini menjadi pakaian rasmi wanita di Indonesia.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas