Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bongkah segi empat bujur yg dibuat drpd tanah liat dan dibakar, digunakan utk tujuan pembinaan (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding dll. 2 sesuatu yg bentuknya spt batu bata: ~ emas; ~ timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu bata


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEKUBAH

Kekubah ialah bumbung atau siling yang

melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat

daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis

utama kekubah adalah (1) kekubah terowong,

(2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah.

UMUM 
MIES VAN DER ROHE, LUDWIG

Mies van der Rohe, Ludwig (1886–1969) ialah

salah seorang daripada arkitek yang paling

berpengaruh pada tahun 1900. Dia menjadi

terkenal kerana kekemasan, reka bentuk

bangunan yang ringkas dibina daripada batu bata,

besi dan kaca. Falsafah dalam arkiteknya

kadangkala diringkaskan dengan frasa “kurang

tetapi lebih”.

UMUM 
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
PAJANG

PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KELIANGAN

Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau

ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam

sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang

tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan

cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan

berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya

terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan

pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu

adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini

biasanya berupaya menyerap cecair dan gas.

UMUM 
ACCRA

Accra (pend. 964 879; pend. kaw. met.

 1 420 065) ialah ibu negara dan bandar raya

terbesar bagi Ghana. Ia terletak di pantai utara

Teluk Guinea (lihat Ghana [peta]). Kemudahan

pengangkutan Accra termasuk kereta api dan

lapangan terbang antarabangsa. Industrinya

termasuk pengeluaran jubin dan batu bata,

pemprosesan berlian dan kayu. University of Ghana

terletak di Legon, sebuah kawasan perumahan di

utara bandar raya Accra.

UMUM 
TIANG

Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas.

Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang

kerap disusun berderet untuk membolehkan

ketebalan dinding dikurangkan dengan

menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang

didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan,

merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada

pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam

dan konkrit.

UMUM 
KAABAH

Kaabah, binaan batu bata bersegi empat, yang terletak di tengah-tengah Masjid al-Haram, Makkah. Kaabah juga dikenali sebagai Baitullah atau Baitulharam dan merupakan simbol agama Islam yang paling utama dan menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjakan fardu haji.

AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat
KOTA BELANDA

KOTA BELANDA, kota yang dibina oleh Belanda bagi mengatasi masalah gangguan lanun di sekitar  Lumut. Kota ini terletak di Pulau Pangkor, Perak dan dibina pada tahun 1670. Kota Belanda berukuran 3.5m persegi dan tingginya 6.7 m dan diperbuat daripada kayu. Pada tahun 1680, kota kayu ini digantikan dengan batu-bata.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
12

Kembali ke atas