TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan chert . Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam magnetit atau batu magnet dan oksida merah hematit . | UMUM | |
SENAPANG BATU | Senapang batu ialah mekanisme menembak yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620 hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata senapang batu mengandungi sekeping batu api diselitkan dalam sekeping bahan yang yang dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik, pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api akan membidas sekeping besi pada paksi lalu mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama, piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup. Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil meletup dan mencucuh peledak utama di dalam laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah penuh dan sedia untuk menembak. Senjata senapang batu kemudiannya digantikan oleh senjata api yang menggunakan tudung tukulan. Lihat juga Senapang lantak; Senjata api. | UMUM | |
MELEBUR | Melebur ialah kaedah mengasingkan logam daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan 10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini membakar kok dan menghasilkan gas serta haba yang perlu untuk menurunkan besi daripada mineral oksidanya di dalam bijih dan juga membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus (lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang mengandungi besi). | UMUM | |
AKUEDUK | Akueduk ialah terusan untuk mengalirkan air ke tempat lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan akueduk, mungkin batu, konkrit, besi tuang, keluli atau papan. | UMUM | |
PERGUNUNGAN DAN HUTAN ARDENNES | Pergunungan dan Hutan Ardennes menganjur dari utara Perancis hingga Belgium dan Luxembourg . Di kawasan ini terdapat hutan oak dan bic terbesar di Eropah. Ketinggian purata Pergunungan Ardennes kira-kira 500 meter. Batu arang, besi, dan batu loh dikeluarkan di bahagian utara kawasan ini. | UMUM | |
MANCHURIA | Manchuria ialah kawasan di timur laut negara China yang terkenal dengan kekayaan semula jadinya, terutamanya batu arang dan besi. | UMUM | |
ZAMAN BATU | ZAMAN BATU, zaman mewakili budaya terawal manusia sebelum wujudnya budaya penggunaan bahan logam seperti angsa dan besi., Secara amnya Zaman Batu telah bermula sejak manusia wujud di dunia ini hinggalah sekitar 500 tahun dahulu. Istilah Zaman Batu telah diperkenalkan oleh Christian Jurgensen Thomsen dan John Lubbock. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
NILAM | Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih. Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren. Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan. Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima. | UMUM | |
MIDDLESBROUGH | Middlesbrough (pend. 141 700) ialah pelabuhan perindustrian dan kawasan kerajaan tempatan di Cleveland yang terletak di timur laut England. Pada masa dahulu, Middlesbrough adalah pengeluar dan pengeksport utama batu arang, besi, dan keluli. | UMUM | |
DARBY, ABRAHAM | Darby, Abraham (1677–1717), memulakan revolusi kaedah penuangan besi. Kejayaannya yang utama ialah penggunaan arang kok berbanding dengan penggunaan batu arang untuk proses peleburan. | UMUM | |