MENGUKIR | Mengukir ialah seni memahat figura, hiasan, atau objek dengan tangan untuk hiasan pada bahan seperti batu, marmar, kayu, gading, tulang dan cangkerang. Istilah seni arca menunjukkan ukiran besar pada batu, marmar atau kayu. Istilah mengukir merujuk kepada seni arca kecil dan kepada hiasan yang diukir pada perabot atau bahagian bangunan. | UMUM | |
ARP, JEAN | Arp, Jean (1887–1966), pemahat Perancis. Dia juga dikenali sebagai Hans Arp. Dia cuba menggambarkan kehidupan dan tenaga alam, bukan rupa fizikalnya, pada batu, marmar, kayu dan gangsanya yang bergilap. Karya Arp pada mulanya mungkin kelihatan abstrak lagi kaku, tetapi kebanyakan arcanya bersifat mesra lagi hidup. | UMUM | |
MENGUARI | Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal atau timbunan batu dari bumi dan menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari ialah lubang besar dalam tanah tempat batu diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan batu loh. | UMUM | |
KALSIUM | Kalsium, unsur kimia, ialah logam yang lembut, putih keperakan yang paling banyak didapati dalam batu-batan seperti kapur, batu kapur, dan marmar. Simbol kimianya ialah Ca. | UMUM | |
KUARI | Kuari, tempat batu diperoleh untuk digunakan dalam industri pembinaan. Antara batu yang diambil termasuklah batu ubin, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan batu loh. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SERPENTIN | Serpentin ialah mineral yang mempunyai komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar. Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan seperti marmar. Serpentin demikian digunakan sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis serpentin berserat ialah jenis asbestos yang paling penting. Krisotil dilombong di Kanada, Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan. | UMUM | |
APENNINES | Apennines adalah nama banjaran gunung yang menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut. Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun. Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914 meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal kerana marmarnya yang berwarna putih bersih. Lihat juga Vesuvius. | UMUM | |