Skrofula ialah sejenis tuberkulosis (batuk kering) yang menyerang nodus limfa di leher. Tisu ini membantu badan melawan penyakit dengan menapis bakteria dan mikrob lain daripada kerongkong. Kebanyakan kes skrofula disebabkan meminum susu tanpa dipasteurkan daripada lembu yang menghidap tuberkulosis. Suhu daripada lembu itu mengandungi tuberkulosis. Pempasteuran membunuh bakteria tuberkulosis, dan hampir tiada kes skrofula terjadi di negara yang susunya dipasteur secara tetap. |