DEODORAN | Deodoran ialah barangan pengguna atau sejenis bahan yang dibuat untuk mengurang, menghalang atau menutup bau badan yang kurang menyenangkan. Kebanyakan bau badan disebabkan oleh tindak balas bakteria dengan peluh dan rembesan di atas permukaan kulit. Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Deodoran biasanya mempunyai bahan kimia yang boleh menghentikan tindakan pembiakan bakteria. | UMUM | |
STOKING | Stoking ialah sarung kaki yang disarungkan muat-muat pada sebahagian atau seluruh kaki. Tight atau pantihose ialah stoking yang menutupi seluruh kaki hingga ke pinggang. Kita memakai stoking terutamanya untuk keselesaan, rasa panas, hiasan, dan untuk melindungi kasut daripada peluh dan bau kaki. | UMUM | |