AIR BAWAH TANAH | Air bawah tanah, air di bawah permukaan bumi yang tersimpan dalam takungan di zon tepu yang kesemua liang atau lohong di antara kumin tanih dipenuhi air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ANABLEP | Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang berenang di permukaan air. Matanya mencari arah perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di bawah air. | UMUM | |
AIR TANAH | Air tanah ialah air yang terdapat di bawah permukaan bumi. Ia ialah sumber air bagi telaga dan banyak mata air. Air tanah membekalkan air tawar di banyak bahagian dunia. | UMUM | |
OASIS | Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah tanah berada sangat hampir dengan permukaan tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan. Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis. | UMUM | |
TELAGA ARTOIS | Telaga artois ialah telaga yang menyadap air dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk kepada sebarang air telaga yang sangat dalam. Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah. Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung atas akuifer. | UMUM | |
KAWASAN TADAHAN | Kawasan tadahan, tempat menyimpan dan membekalkan air untuk empangan, kolam, tasik, aliran air permukaan, sungai dan air bawah tanah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
MENYELAM DALAM AIR | Menyelam dalam air ialah cara orang sampai ke dunia yang luar biasa dan indah di bawah permukaan lautan, tasik, dan sungai. Orang zaman purba menyelam dalam air untuk mencari ikan, haiwan air yang lain, dan tumbuhan untuk makanan. Dengan kemahiran yang dimajukan dan perkembangan peralatan, berbagai-bagai kegiatan lain telah mula dilaksanakan dalam air. | UMUM | |
TAUFAN AIR | Taufan air ialah sejenis puting beliung yang berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal, hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera memeluwap dalam gumpalan itu dan air di permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan itu. | UMUM | |
TEROWONG | Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong digali menembusi bukit dan gunung dan juga di bawah bandar serta jalan air. Terowong menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan landasan kereta api merentangi halangan semula jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam perlombongan untuk sampai ke tempat bahan galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi. Terowong juga digunakan untuk membekalkan jumlah air yang banyak untuk loji kuasa hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga terowong digunakan untuk mengangkut sisa sistem pembetungan. | UMUM | |
AIR BUMI | Air bumi, air dalam lapisan tepu air di bawah permukaan tanah. Walaupun kebanyakan bandar besar di dunia menggunakan air daripada empangan, namun air bumi masih merupakan sumber bekalan air yang utama di luar bandar. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |