Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut yg agak lebar badannya; ~ hitam = ~ kedewas sj ikan laut, Parastromateus niger; ~ putih = ~ cermin sj ikan laut, Pampus argentues;~ tambak sj ikan laut, Pampus chinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawal I

Puisi
 

Ikan bawal berenang petang,
     Beli ikan di tepi dewan;
Hendak kucuba di medan perang,
     Segala musuh hendak ditawan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAU

WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.  Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh.  Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju.  Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah.  Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan.

BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi

Kembali ke atas